Amanah masih yakin PAS akan sertai Pakatan Harapan menjelang PRU14


Parti Amanah Negara (Amanah) masih menaruh keyakinan PAS akan berubah dan bersedia menyertai Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum akan datang (PRU14) bagi melawan Barisan Nasional (BN), kata Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.

Naib pengerusinya Che Ibrahim Mohamed berkata, ini kerana pilihan raya umum masih jauh lagi dan PAS mungkin akan terbuka hati untuk berubah berbanding sikapnya sekarang.

"Memandangkan PRU dijangka hanya akan berlaku dalam tempoh 2 tahun lagi, Amanah yakin suasana ini akan berubah.

"Kita mengharapkan PAS bersedia untuk bersama Pakatan Harapan mempertahankan kerajaan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN," katanya kepada The Malaysian Insider.
Che Ibrahim mengulas serangan pemimpin PAS Kelantan yang menyifatkan Amanah berbohong apabila didakwa mula menyerang PAS padahal sebelum ini Amanah berjanji tidak akan menyerang PAS tetapi Umno.

Naib presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata Amanah sudah menipu rakyat.

"Dulu kata nak jatuhkan Umno, sekarang sudah mungkir janji, kacau Kelantan," lapor media.

Ketika Amanah mula ditubuhkan di Kelantan, Pengerusinya Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah berkata, mereka rela tidak bertanding di mana-mana kerusi negeri itu jika perundingan boleh dibuat dengan PAS.

Namun huluran tangan perundingan dengan PAS tidak pernah bersambut bahkan mereka diperangi dengan panggilan pengkhianat dan sebagainya.

Kini, Presiden Amanah Mohamad Sabu membuat kenyataan parti baharu itu sedia mengambil alih tempat PAS di Kelantan.

Menurut Che Ibrahim, semenjak Amanah ditubuhkan secara rasmi pada 31 Ogos 2015, PAS tidak pernah membuka ruang kerjasama dan perbincangan secara rasmi dengan mana-mana parti pembangkang.

Katanya, sikap PAS itu sendiri mencipta ruang untuk dilihat seolah-olah penubuhan Amanah bertujuan menentang PAS, sedangkan sasaran mereka ialah menentang BN satu sama satu melalui Pakatan Harapan.

"Bila kita bekerja atas semangat kerjasama pembangkang, melalui Pakatan Harapan, maka PAS yang sedang merintah Kelantan hari ini melihat seolah-olah Pakatan Harapan, terutama Amanah memusuhi mereka.

"Sedangkan, kita sebenarnya bergerak untuk mempertahankan kerajaan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN.

"Tetapi, sikap PAS yang mengambil keputusan bergerak secara sendirian mewujudkan seolah-olah pertembungan 3 penjuru antara Pakatan Harapan, BN dan PAS," kata bekas kadi itu.

Menurut Che Ibrahim, Amanah ditubuhkan akibat rasa kecewa dan hilang keyakinan sebahagian pemimpin dan penyokong PAS kerana sikap pemimpin mereka sendiri, terutama berhubung hala tuju perjuangan PAS dan hubungannya dengan parti politik lain.

"PAS hari ini dilihat amat memusuhi rakan politik dari kalangan pembangkang, dan dalam masa yang sama mengamalkan dasar 'mesra Umno' dalam politik," katanya.

Beliau menegaskan, sejak awal penubuhan Amanah, mereka tidak berhasrat menjadikan semua parti pembangkang termasuk PAS, sebagai lawan politik.

Ini kerana, katanya, penubuhan Amanah ialah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS dalam pakatan pembangkang. –The Malaysians Insider

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget