Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, Chieng Jen berpandangan Perlembagaan membenarkan ahli-ahli parlimen dari Sarawak menggunakan bahasa Inggeris untuk berbahas.
“Saya nak tahu sama ada penggunaan bahasa Inggeris dalam Parlimen adalah pendirian rasmi Pakatan Harapan atau hanya pendirian peribadi Ahli Parlimen DAP dari Bandar Kuching?
“Amat penting untuk Datuk Seri Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang untuk segera menjelaskan sama ada beliau bersetuju dengan pandangan DAP bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam Parlimen,” soal Rahman menerusi postingnya di Facebook.
Tahun lalu, Chieng Jen mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan lagu kebangsaan Negaraku dimainkan di pawagam-pawagam sebelum tayangan filem dimulakan.
Dia akhirnya meminta maaf selepas menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak.-Free Malaysia Today

Post a Comment