Memetik MalaysiaKini, kebenaran itu diberi Hakim Asmabi Mohamad hari ini selepas tiada bantahan daripada Pejabat Peguam Negara yang mewakili ketua pengarah Jabatan Imigresen dan kerajaan.
Dengan keputusan berkenaan, merit untuk Pua mencabar berhubung larangan keluar negara akan didengar kemudian, pada tarikh yang akan ditetapkan.
Dilaporkan pada 22 Julai, Pua dilarang ke luar ke Jogjakarta, Indonesia.
Larangan tersebut mendorong Pua memfail permohonan semakan kehakiman pada 19 Ogos untuk mencabar perintah itu.
Pua lantang mengkritik skandal 1MDB dan antara anggota parlimen utama menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat hutang firma pelaburan tersebut. – Roketkini.com
Post a Comment