Adakah mereka memerlukan orang tengah?
Nampaknya mereka memerlukan seorang kerana dua pihak ini masih menunggu-nunggu salah seorang mengambil langkah pertama.
Mereka mempunyai masa sehingga Januari 2016 untuk melalukan perbincangan aman, selepas itu semuanya sudah terlambat.
Pilihanraya negeri boleh diadakan seawall tahun hadapan atau paling lambat pertengahan Jun.
Rakyat Sarawak mahu melihat dua parti itu bekerjasama sebagai baris hadapan untuk menentang musuh bersama mereka- BN negeri, tetapi pemimpin-pemimpin dua parti itu tidak berada dalam keadaan baik.
Isu tuntutan bertindih kerusi, pendirian bersama serta strategi mereka memerlukan perbincangan segera.
DAP Sarawak meninggalkan Pakatan Rakyat kerana keengganan PKR negeri untuk memisahkan diri mereka daripada PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud.
Bagi DAP, Pakatan Rakyat sudah mati. Tetapi PKR pusat masih mengharapkan PAS menyertai kumpulan baru, Pakatan Harapan, dibentuk oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Walaupun PKR negeri menentang pelaksanaan hudud, kedudukan mereka yang masih terikat kepada dasar PKR pusat yang masih mahukan PAS berada dalam Pakatan Harapan.
Tidak seperti DAP Sarawak, PKR negeri tidak bebas membuat keputusan mereka sendiri samada mahu meninggalkan PAS.
Apa yang membimbangkan rakyat Sarawak adalah samada DAP dan PKR Sarawak akan berlawan sesama sendiri dalam beberapa kawasan perwakilan sehingga melupakan yang musuh sebenar ialah BN negeri.
Sementara itu, pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen menghantar mesej jelas kepada PKR Sarawak yang DAP Sarawak dan Amanah Sarawak tidak mahu PAS menyertai Pakatan Harapan Sarawak yang baru tertubuh.
“PAS sudah lepas, dan tiada cara lagi dua parti kita (DAP Sarawak dan Parti Amanah Negara Sarawak) boleh bekerjasama dengan PAS dalam keadaan sekarang,” katanya dalam satu sidang akhbar.
Turut hadir ialah pengerusi Amanah Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi.
“ Kami katakana buat masa ini, PAS tidak termasuk dalam pakatan yang baru. Bagaimanapun, masih ada yang percaya yang kita perlu membiarkan pintu terbuka untuk PAS. Itulah kebimbangan kami. Kerana itu, perkara paling baik ialah pendirian negeri kita sudah jelas sejak awal,” kata Chong.
Dia berkata yang penglibatan mereka dalam pembentukan Pakatan Harapan Sarawak berdasarkan syarat yang tidak akan wujudnya apa-apa kerjasama dalam apa jua bentuk atau penglibatan dengan mana-mana parti yang tidak komited kepada prinsip “tadbir urus berdasarkan persetujuan” dan prinsip yang dipegang oleh pakatan itu.
“Bagi kami, apa yang telah dilakukan PAS tidak boleh diterima langsung,” kata Chong, yang juga merupakan wakil rakyat Kota Sentosa.
Tidak ada keraguan lagi yang pastinya sempurnah untuk semua parti pembangkang di bawah satu gabungan. Tetapi isunya di sini adakah kesempurnan yang dicari itu mampu dicapai?
“Sangat mustahak untuk menghasilkan Pakatan yang berfungsi yang berjuang dalam satu suara menyuarakan perkara penting melibatkan kerangka bersama.
“PAS telah membuktikan dirinya sebuah parti tanpa kewibawaan dan mengkhianati gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini dengan bersendirian mahu melaksanakan undang-undang hudu di negara ini dengan bekerjasama dengan Umno.
“Dengan berbuat demikian, mereka telah membuktikan mereka tidak boleh bekerja dalam satu pasukan,” tambah Chong.
Ketika pelbagai krisis “ribut sempurna” negara, ekonomi dan etnik melanda negara, DAP dan Amanah menyedari bahawa isu sebenar ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan, perundangan, demokrasi dan keadilan perlu menjadi isu utama dan penting bagi gabungan Pakatan Harapan.
Bukan hanya rakyat Malaysia perlu membebaskan diri daripada masalah semasa, Pakatan Harapan Sarawak perlu mengetuai jalan untuk berkempen kepada kerajaan persekutuan untuk memberikan kuasa yang lebih kepada negeri selari dengan semangat demokrasi, terutama sekali autonomi negeri dalam isu dasar, pendidikan dan kesihatan.
“Pakatan Sarawak perlu memberikan harapan kepada rakyat Sarawak yang kita memberikan mereka harapan baru. Gabungan berasaskan prinsip tadbir urus yang baik dan bersih.
“Bagi kami, masalah sebenar ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan, perundangan, demokrasi dan keadilan perlu menjadi isu yang utama dan penting.
“Bagi PAS, nampaknya pelaksanaan hudu adalah satu-satunya isu yang mereka bimbangkan dan isu lain tidak penting.
“Kerana itu kami ingin menegaskan yang tiada cara untuk dua parti kami bekerjasama dengan PAS dalam keadaan sekarang.
“Kami berharap yang semua akan jelas tentang perkara ini dan tidak menyimpan harapan yang kami akan berkompromi dengan pendirian kami untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.-The Ant Daily
Post a Comment