Saya ahli politik veteran, takkan guna perkataan ‘lempang’ – Tajuddin


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan beliau menggunakan perkataan ‘lempang’ dan ‘tampar’ untuk memberi amaran kepada orang Cina.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, penggunaan perkataan seumpama itu tidak sesuai dengan kedudukannya yang telah lama menjadi ahli politik.

“Macam mana saya boleh guna perkataan ‘lempang’ dan lain-lain? Ini bahasa budak-budak sekolah. Wartawan ini, saya tidak faham dengan dia. Itu tafsiran dia.

“Saya bukannya budak-budak lagi. Macam mana saya boleh guna perkataan seperti itu! Jika saya mahu berkata sesuatu, ia seharusnya bersesuaian dengan kedudukan saya sebagai ahli politik veteran,” katanya, lapor The Star Online.

“Cina Malaysia adalah warga Malaysia. Jika ada sebarang masalah di negara ini, selesaikannya secara dalaman,” kata Tajuddin.

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang menyiarkan Tajuddin memberi amaran kepada orang Cina Malaysia supaya tidak mengadu mengenai kerajaan negara ini kepada pihak luar dengan harapan akan mendapat pembelaan daripada kerajaan asing.

Malaysiakini melaporkan Tajuddin memberi amaran akan lempang orang Cina yang mengadu masalah dalam negara kepada pihak luar.

Katanya, orang Cina perlu berhenti bermimpi bahawa negara China sebagai ‘God Father’ yang akan menyelamatkan mereka apabila ditimpa kesusahan.-Free Malaysia Today
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget