Timbalan Yang Dipertua PAS Miri, Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, aduan diterima daripada penduduk mahu pihak berkuasa segera mengutip beg sampah berkenaan.
“Namun, tinjauan hasil aduan penduduk mendapati longgokan sampah di situ hanya dimasuk dalam beg polister dan diletakkan tepi longkang sahaja tanpa dihantar terus ke pusat pelupusan.
“Hal ini mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk sekitar akibat bau dan pemandangan tidak sempurna,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa aduan itu dikemukakan penduduk kepada Pejabat Khidmat Masyarakat PAS DUN Lambir.
Penduduk sebelum ini berdepan masalah parit bertakung yang mengakibatkan masalah banjir kilat dan pembiakan nyamuk aedes.
Ia telah disuara kepada pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang bertindak melakukan kerja pembersihan parit.
Beliau memberitahu, pihak PAS berterima kasih kepada MBM atas tindakan pantas mereka.
“Kita berharap MBM melakukan pembersihan segera dengan mengutip sampah kotoran dikorek daripada parit ini,” jelasnya meminta MBM untuk memantau serius kerja pembersihan parit di Miri.
Mengenai masalah parit di Lorong Samarahan, Arifiriazul mahu MBM mengeluarkan pelan perancangan mereka berkenaan pembaikan struktur longkang di kawasan itu.-Utusan Borneo
Post a Comment