Walter Tan: Rakyat Sabah dan Sarawak tinggal dalam keadaan aman dan harmoni tanpa mengira bangsa dan agama sudah sekian lama. Mereka secara asasnya tidak peduli tentang warna kulit sesama mereka. Buat Zahid Hamidi yang memberitahu mereka supaya hidup dalam keharmonian, beliau sedang menyeru pada orang yang salah. Baliklah ke semenanjung dan beritahu kumpulan baju merah anda makkna harmoni. Kenapa perhimpunan perkauman diluluskan ketika kita sepatutnya menyambut Hari Malaysia pada 16 September?
Weinx Matthew: Sedangkan Tun Mahathir beritahu orang Malaya untuk belajar dengan Sarawak tentang keamanan dan keharmonian dalam bangsa dan agama. Zahid bercakap merapu. Sungguh memalukan timbalan perdana menteri tidak tahu apa-apa.
Nelly Singgaw: Saya rasa Zahid tidak tahu apa-apa tentang kami, orang Sarawak. Beliau mesti berfikir yang pelbagai kumpulan etnik di Sarawak seringkali bergaduh sesama sendiri. Kasihan beliau kerana pengetahuan yang lemah tentang orang Bumi Kenyalang. Sedangkan anak saudara saya yang di tadika juga tahu bahawa di Sarawak, tiada erti ketuanan bangsa dan agama.
Ting Chiew Yee: Warga Sarawak mesti bangkit dan mempertahankan apa yang diimport dari ahli-ahli politik Malaysia Barat. Saya tidak pernah percaya walau sesaat yang memerika memikirkan tentang kebajikan anda. Mereka memerlukan undi anda.
Jangan mudah terpedaya. Banyak perkara yang mereka lakukan merosakkan perpaduan dan keharmonian di timur. Jaga-jaga! Teruskan mengawal taman anda. Mereka sedang mekar dengan warna dan harmoni.
Jackie Man: Beliau sekarang menyanyi dengan nada berbeza sekarang. Beliau seharusnya belajar daripada warga Sarawak daripada memberi mereka nasihat. Beliau seharusnya melihat kepada bahaya yang beliau lakukan. Tindakan bercakap lebih lantang daripada kata-kata.
Cecelia Wan: Lihat Sarawak betul-betul selepas 53 tahun sebagai rakan dalam persekutuan Malaysia di bawah BN. Apa yang ada untuk dibanggakawan warganya?
Cecilia Evangeline: Jangan ajar kami perkara yang anda tidak lakukan. Jangan dakwah keamanan apabila perkara yang anda peduli hanyalah kuasa memerintah.
Komen-komen berikut adalah respon kepada artikel, Tak payah ajar kami cara hidup sejahtera bersama-sama yang disiarkan pada 29 September.-The Ant Daily
Post a Comment