Sarawak hanya terima janji kosong pemimpin persekutuan


KOMEN: Menjelang pilihanraya negeri yang semakin dekat, ramai menteri persekutuan akan datang ke Sarawak untuk membantu BN negeri dalam kempen pilihanraya. Mereka tidak akan datang dengan “tangan kosong” kerana mereka akan membawa bersama mereka janji-janji projek.

Apa yang dibimbangi oleh ramai penduduk Sarawak ialah ada projek lama yang dijanjikan sewaktu pilihanraya lepas tahun 2011 dan 2013 masih tidak dilaksanakan.

Salah satu projek itu ialah hospital Sri Aman bernilai RM200 juta yang dijanjikan ketika pilihanraya negeri 2011. Projek lain termasuklah parkir kereta bertingkat di Sarawak General Hospital, hospital Petrajaya bernilai RM500 juta, jambatan sungai di Kuching dan peruntukan RM1 bilion untuk membaiki dan membina sekolah baru di Sarawak. Lebih daripada 600 buah sekolah di seluruh negeri memerlukan pembaikan segera.

Dan terdapat juga janji untuk menilai kembali royalti minyak dan gas daripada 5 peratus sekarang; janji untuk kehidupan yang lebih baik bagi penduduk terjejas disebabkan pembinaan empangan, dan banyak lagi janji yang masih belum tertunai- hakikatnya terlalu banyak untuk ditulis di sini.

Ya, pemimpin persekutuan telah menjanjikan penduduk Sarawak pelbagai projek pembangunan setiap kali tibanya pilihanraya, dan tetapi pengundi Sarawak, terutama penduduk pendalaman, tidak akan pernah belajar.

Tidak hairanlah pengundi telah diingatkan oleh wakil rakyat Batu Lintang See Chee How yang mereka perlu berhati-hati dan teliti dalam menerima janji geran pembangunan dan projek oleh menteri dan timbalan menteri peringkat persekutuan.

Menabur janji semata-mata tidak mencukupi dan menteri persekutuan dan timbalan menteri perlu mendedahkan projek dan geran, memastikan dana diberikan dan projek disiapkan sebelum pilihanraya negeri akan datang.

“Pada masa yang sama, menteri dan timbalan menteri negeri perlu diingatkan yang mereka mempunyai tugas untuk memastikan rakan sejawat mereka di peringkat persekutuan mendengar apa yang diminta Sarawak, termasuklah hak kami untuk menentukan projek dan membahagikan peruntukan dana.

“Mereka tidak boleh hanya membawa menteri dan timbalan menteri persekutuan berjalan-jalan, menunjukan yang pemimpin persekutuan ini dan hanya berdiam diri apabila mereka menabur janji kosong,” katanya dalam satu sidang akhbar.

See, yang merupakan naib pengerusi PKR negeri, berkata dia tidak percaya yang janji-janji ini akan dipenuhi, terutama sekali yang dijanjikan kepada pendudukan kampung dan rumah panjang.

“Saya perlu memberi amaran kepada semua dan pemimpin negeri kerana terdapat banyak bukti yang janji oleh pemimpin kebangsaan BN selalunya diperbesar-besarkan,” katanya merujuk kepada janji Menteri Pembangunan Wilayah dan Pendalaman Ismail Sabri Yaakob yang dia akan memperuntukan 30 peratus atau RM 14.9 bilion daripada peruntukan RM 49.47 bilion kepada kementeriannya dibawah Rancangan Malaysia ke 11 untuk Sarawak.

Dia merasa ragu-ragu tentang kenyataan menteri itu kerana Ketua Menteri Adenan Satem telah memberitahu Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lepas yang Sarawak telah diperuntukan RM20 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke 11 untuk melaksanakan 915 projek.

Daripada peruntukan itu, RM 8.6 bilion sehingga RM10.5 bilion adalah untuk pelaksanaan projek kawasan pendalaman.

See berkata Ismail Sabri jelas sekali hanya mahu memancing undi untuk pilihanraya negeri ketika mengeluarkan kenyataan itu.

Rakan See, Baru Bian juga sangat berterus terang tentang isu yang sama apabila dia mendakwa kerajaan persekutuan “menipu” pengundi Sarawak, terutama sewaktu pilihanraya, dengan menabur pelbagai janji pelaksanaan projek mega bernilai jutaan malah billion ringgit untuk negeri itu.

“Inilah yang menjadikan pengundi Sarawak, ‘simpanan tetap’ mereka gembira, tetapi rakyat tidak pernah menyedari yang semua ini hanya kata-kata kosong,” kata Baru, pengerusi PKR Sarawak dalam satu temubual baru-baru ini.

Dia merujuk kepada kenyataan oleh seorang menteri Sarawak yang memberikan bukti nyata retorik BN dan langgar janji projek pembangunan yang dikatakan akan dilaksanakan di Sarawak.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Michael Manyin berkata yang wang yang dijanjikan oleh Putrajaya tidak pernah disalurkan dan menyebabkan banyak projek tidak dapat dilaksanakan.

“Kerajaan persekutuan tidak ada duit. Mereka hanya menipu kita penduduk Sarawak dan kita mempercayainya,” kata Baru, yang juga merupakan wakil rakyat Ba’Kelalan.

Apa yang membimbangkan penduduk Sarawak ialah timbalan perdana menteri “lama: Muhyiddin Yassin telah digantikan dengan Ahmad Zahid Hamidi.

Penduduk Sarawak mahu mengetahui apa yang akan berlaku kepada janji pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan bekalan elektrik dan air serta janji-janji lain yang dilakukan oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Dia juga berjanji akan mengangkat dua buah perkampungan Penan di kawasan pendalaman Baram supaya program khas boleh diperkenalkan untuk membawa masuk pembangunan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kepada orang asal kaum Penan. Berikutan pemecatan Muhyiddin, program itu juga telah dihentikan.

Adakah projek-projek ini, seperti program pembangunan dua buah kampung Penan itu, menjadi sia-sia hanya kerana Muhyiddin bukan lagi timbalan perdana menteri?-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget