PKR perlu pilih antara Harapan atau PAS


SEKILAS PANDANG: Walaupun saya tidak berapa pasti adakah MB Selangor Azmin Ali bercakap mewakili parti, saya percaya yang apa yang dikatakannya memberi kesan kepada bagaimana PKR akan menentukan masa hadapannya.

Lagi pula dia merupakan penggerak utama dalam banyak gerakan menentang dalam parti politik itu, daripada krisis MB Selangor yang dicetuskan oleh Langkah Kajang sehinggalah pergelutan berterusan yang masih berlaku kini.

Dia mungkin akan menjadi orang penting dalam beberapa peralihan kuasa yang akan berlaku nanti dalam parti, malah sebahagiannya sudah dia kawal.

Maka kenyataanya yang PKR akan terus bekerjasama dengan parti Islam PAS di luar struktur formal pakatan yang baru yang baru dibentuk dikenali sebagai Pakatan Harapan perlu diberikan perhatian.

Ini kerana tindakan ini ialah menabur benih untuk satu lagi siri perpisahan yang mencengkam gabungan Pakatan.

Mudah difahami mengapa PKR memerlukan PAS- untuk mengukuhkan sokongan lemah akar umbinya selain daripada menyediakan ruang untuk masuk kepada orang Melayu.

PKR, walaupun merupakan parti serpihan Umno, tidak mempunyai akar umbi yang kuat yang boleh digunakan oleh parti Melayu itu. PAS, yang secara teknikalnya juga serpihan Umno, boleh menyediakan perkara itu.

Tetapi dalam keadaan cuba menyelamatkan hubungan kerja dengan PAS, PKR pastinya menimbulkan rasa kurang senang kepada ahli lain Harapan yang telah memberikan kata janji.

Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP pastinya tidak akan bekerjasama dengan PAS yang telah berterus terang menentang dua parti itu.

Azmin dilaporkan menjustifikasikan pandangannya, berkata yang selaku peimpin, mereka perlu berani untuk mengakui yang mereka tidak mengetahui atau melakukan semuanya dan perlu bekerjasama dengan NGO lain atau parti pembangkang.

Tetapi keberanian juga ialah soal menetapkan pendirian dan berpegang kepada janji. Keberanian bukan soal bermain selamat hanya semata-mata mahu menyelamatkan kepentingan parti sendiri.

Inilah yang dilakukan oleh PKR kini, masih memegang kedua pihak, dengan memberikan janji kepada Harapan tetapi masih mahu berhubung baik dengan PAS.

Tindakan ini bukan sahaja hipokrit tetapi juga pentingkan diri sendiri kerana PKR sangat tahu yang PAS bukan sahaja bergaduh besar dengan DAP tetapi juga akan menentang pakatan baru.

Seperti yang dikatakan oleh seorang pemerhati sebelum ini, PAS malah tidak mempunyai santun untuk memberikan komitmen kepada pertandingan satu lawan satu dalam PRU akan datang, sangat jelas yang di sebalik kata-kata itu yang parti Islam itu akan bertanding menentang kerusi PAN dan DAP.

Seolah-olah PAS ialah umpan yang digunakan Umno untuk menghancurkan Pakatan sebelum ini, tetapi PKR masih mahu membenarkan PAS berdiri di sebelah berhampiran dengan Harapan.

Mengapa Azmin? Mengapa PKR? Anda tidak boleh memiliki Harapan dan PAS, tak boleh semuanya. Buat pilihan dan kekal dengan pilihan itu.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget