Tol naik, Najib khianati janji PRU 13


KUALA LUMPUR 13 OKT: Kenaikan tol di lebih 10 lebuh raya berkuat kuasa 15 Oktober ini merupakan pengkhianatan Barisan Nasional terhadap janji Pilihan Raya Umum ke- 13 lalu, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin.
Beliau berkata, kenaikan itu membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berdusta bahawa tiada sebarang kenaikan harga sekiranya rakyat mengundi BN.
Sim“Kenaikan kadar tol yang baru diumumkan syarikat konsesi itu membuktikan bahawa kerajaan BN dan juga Najib berbohong kepada rakyat. Mereka telah berjanji dalam pilihan raya umum lalu tiada sebarang kenaikan, termasuk harga barang dan sebagainya.
“Pertengahan tahun lalu Najib juga marah kepada pegawai kerajaan yang membocorkan dokumen tentang kenaikan tol. Tetapi apa yang terjadi sekarang? Bukankah perkara itu benar?
“Kenaikan dengan kadar yang agak tinggi ini akan melemahkan lagi ekonomi rakyat selepas dibebani kos sara hidup melambung,” katanya dihubungi.-Keadilan Daily
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget