PKR cadang Adenan adakan sidang khas sebelum umum bajet


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem harus mengadakan plenari mengenai bajet kerajaan negeri melibat wakil rakyat, individu serta ahli organisasi sosial dan awam.

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak See Chee How berkata ia untuk mempertimbang dan merangka bajet negeri bagi memenuhi keperluan semua rakyat sekali gus memajukan Sarawak berdepan waktu mencabar sekarang.

Selain itu, katanya memandangkan bajet negara dijadual dibentangkan pada 23 Oktober ini dan mengambil kira cabaran serta keadaan ekonomi negara sekarang, kerajaan negeri mesti merangka bajet negeri praktikal dan bermatlamat khusus memenuhi keperluan Sarawak.

“Ia adalah wajar bagi Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan negeri untuk me-mulakan sesi plenari mengenai bajet negeri.

“Ini membolehkan wakil rakyat dan pihak lain terlibat untuk membangkitkan isu penting yang mesti diambil kira kerajaan negeri khususnya kuasa autonomi dan hak negeri ini di bawah Perjanjian Malaysia dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan.

“Langkah konkrit, mesyuarat dan tindakan mesti diambil,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR Negeri di sini, semalam.

Dalam pada itu, See yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang berkata semua ADUN Sarawak belum lagi menerima notis mengenai persidangan DUN akan datang.

Justeru, katanya persida-ngan DUN kali ini mungkin tidak akan diadakan pada November seperti biasanya sebelum ini dengan pembentangan bajet negeri tahun baharu.

“Sesi bajet ini mungkin akan diadakan pada Disember nanti,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget