Waspada pembohongan, putar belit media sosial


Kerajaan kini berdepan masalah belia dikhuatiri mudah terpengaruh perjuangan pihak tertentu: Nancy


SIMUNJAN: Kerajaan pada masa ini berhadapan dengan masalah belia dikhuatiri mudah terpengaruh pembohongan dan putar belit pelbagai pihak di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata senario tidak sihat itu membabitkan isu politik dan ekonomi yang turut menjadi cabaran kerajaan.

“Apa yang berlaku di negara luar harus menjadi teladan kepada kita. Sebagai contoh Perhimpunan BERSIH 4 yang diharamkan.

“Janganlah kita terlalu mudah mempercayai perjuangan pihak tertentu yang mengajak kita untuk turut serta melakukan demonstrasi jalanan sedangkan perjuangan mereka tidak jelas,” katanya.

Beliau berucap merasmikan sambutan Maal Hijrah 1437H Peringkat Daerah Simunjan anjuran Hikmah Ranting Simunjan di Dewan Mesra Simunjan, semalam.

Bagi menghadapi cabaran itu, beliau menyarankan pentingnya menjaga perpaduan.

Perpaduan katanya boleh dilakukan dengan menyertai aktiviti kemasyarakatan serta melibatkan diri dengan persatuan.

Jelasnya, selain dapat mengeratkan silaturahim, ia dapat memperkayakan diri dengan ilmu.

“Melaluinya juga, apa jua kemusykilan tentang sesuatu isu, dapat diperjelaskan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan dan kebenaran tentang perkara tersebut.

“Bagi mereka yang pernah terlibat dengan pengaruh negatif ini, saya ingin me-nyarankan agar berhijrah ke arah kebenaran dan tinggalkanlah kumpulan yang menjadi duri dalam daging yang mempunyai agenda politik masing-masing,” katanya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong mengajak agar tema Maal Hijrah ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ dihayati sepenuhnya.

Jelasnya, tema itu harus dijadikan inspirasi untuk me-ngukuhkan lagi perpaduan, bukan sahaja sesama umat Islam tetapi turut merangkumi kaum dan agama lain.

“Kita harus jadikan tema yang signifikan dengan situa-si semasa serta dilihat tepat dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan prinsip penerimaan, patriotisme dan keadilan sosial,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget