Iltizam politik perlu untuk bangunkan semula kawasan sesak di Sibu


FOKUS SARAWAK: Kerajaan negeri patut segera campur tangan dan memainkan peranan utama dalam pembangunan semula kawasan sesak Sibu (Sibu Slum Area, SSA) yang berkeluasan kira-kira 300 ekar di antara Brookde Drive dan Jalan Bukit Assek.

SSA yang terletak di sebelah kanan kawasan pusat perdagangan Sibu menempatkan sejumlah 2,000 keluarga. Hampir semua rumah sudah berusia separuh abad dan banyak yang tidak selamat didiami manusia kerana binaannya telah terjejas teruk akibat penenggelaman tanah.

Ramai pemilik hartanah sudah berpindah ke tempat lain dan menyewakan rumah mereka kepada masyarakat Iban, Melanau dan Orang Ulu yang datang dari pedalaman dan pesisir untuk mencari kerja.

Sebelum ini, ada pelbagai usaha dan perancangan yang dibuat Majlis Perbandaran Sibu (MPS) serta individu dan syarikat swasta untuk menjalankan pembangunan semula SSA. Namun semuanya gagal terlaksana antaranya kerana birokrasi kerajaan dan kekurangan dana.

Dengan kata lain, tiada iltizam politik untuk melaksanakannya.

Mutakhir ini, ada seruan untuk merangka pelan induk bagi pembangunan semula SSA. SUPP Bukit Assek dilaporkan telah menghantar dapatan dan cadangan kepada Ketua Menteri Adenan Satem.

Oleh kerana kebanyakan hartanah dalam SSA adalah hak milik individu, kerajaan perlu merangka dan meluluskan undang-undang baru untuk menangani masalah ini di bawah rangka perundangan.

Timbalan Pengerusi MPS Andrew Wong bercita-cita mahu menyelesaikan masalah berhubung rumah terabai yang menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes, telah secara terbuka mengakui bahawa sukar untuk menyelesaikannya di bawah kekangan, kuasa dan undang-undang sedia ada.

Beliau menegaskan keperluan MPS untuk diberi kuasa sepatutnya untuk berhadapan isu ini dengan lebih efektif.

Dalam satu majlis makan malam baru-baru ini yang dihadiri sebahagian pemimpin SUPP, SPDP dan UPP, isu SSA ini turut dibincangkan.

Mereka menyimpulkan bahawa sesiapa sahaja yang mampu memberikan cadangan yang baik untuk pembangunan semula SSA pasti akan berjaya merampas kerusi Bukit Assek dari DAP yang dipegang sejak 1996-2001 dan 2006 hingga kini.

Mereka juga merasakan bahawa kerajaan perlu bertindak secara muktamad, terutama dalam soal berkaitan penempatan semula penduduk yang terkesan.

Kerajaan pada mulanya perlu memperuntukkan tanah bagi penempatan semula serta menyediakan dana awal bagi pembangunan semula.

Kemudian pihak berkuasa seperti MPS serta pihak swasta boleh bersama-sama menubuhkan konsortium.

Mereka mencadangkan hartawan tempatan Clement Hii dan pemaju seperti Joseph Ting, Tiong King Sing dan Kapitan Ting Chek Ming. Mereka ini semua anak-anak tempatan yang dikenali dan industri pembinaan dan memiliki sumber dan kepakaran untuk membangunkan semula SSA.

Hii kini tinggal di Kuala Lumpur. Beliau sebelum ini pernah tinggal di kawasan SSA yang paling teruk, iaitu di Belian Lane. Beliau dilaporkan telah menjalankan projek pembinaan dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sejumlah RM6 bilion di serata Malaya.

Joseph Ting pula sentiasa mempunyai impian bsar untuk SSA. Begitu juga dengan Kapitan Ting, salah seorang pemaju paling berwibawa yang mungkin menjadi calon UPP (Parti Rakyat Bersatu) di Bukit Assek.

Tiong pula berasal dari Bintangor, 30 minit dari Sibu. Beliau memiliki repuasi sebagai pemimpin yang tegas dan dihormati dan seorang usahawan berjaya.

Kumpulan pemimpin ini juga berkata bahawa walaupun pemaju-pemaju ini mempunyai jalur politik yang berbeza, hakikat bahawa semua berasal dari Sibu boleh menyatukan mereka bagi satu matlamat – menjadikan Sibu tempat yang lebih baik untuk didiami.

Warga Sibu pasti akan tiada masalah untuk memberi peluang kepada Adenan selama lima tahun lagi jika beliau mengumumkan projek pembangunan semula SSA akan dilaksanakan pada penggal kedua pentadbirannya.-The Ant Daily
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget