'40 tahun jadi ahli parlimen, Kit Siang hanya tahu marah orang' - Mahdzir


KUALA NERANG: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membidas kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa menteri berkaitan tidak bertanggungjawab terhadap kes kehilangan murid orang asli di Gua Musang, Kelantan.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Gelang Patah itu sering menyalahkan orang lain, sedangkan beliau sendiri tidak melakukan sesuatu bagi menjaga kepentingan kaum asal itu.

"Lim Kit Siang buat apa? Hari-hari mahu marah orang tetapi dia sendiri tidak buat apa, kita yang buat. Kita tahu apa kita buat.

"Dia sudah lama jadi ahli politik tetapi hari-hari mahu marah orang. Saya rasa itu tidak betul, cukuplah, kita tahu apa yang kita buat. Tidak perlu marah orang hari-hari," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Pedu di sini.

Mahdzir berkata, sepanjang 40 tahun menjadi ahli parlimen, Kit Siang hanya pandai mencari kesalahan orang lain untuk kepentingan politiknya.

Jelasnya, beliau telah ke SK Tohoi, Gua Musang sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kehilangan tujuh murid Orang Asli itu pada Ogos lepas.

Kementeriannya dalam pada itu tidak pernah meminggirkan mana-mana sekolah terutama soal keselamatan bagi mengelak kejadian sama berulang, tambahnya.

Sebelum ini, Kit Siang dalam kenyataannya menggesa kerajaan menggantung perkhidmatan atau mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kes kanak-kanak Orang Asli SK Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

Malah, beliau telah mengarahkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari untuk membawa perkara itu di Parlimen apabila ia bersidang pada 19 Okt ini.
Tujuh murid Orang Asli SK Tohoi itu dilapor melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.-Astroawani

Post a Comment

Kit Siang ni dia hanya tahu bercakap , merapu pun jadilah asalkan bercakap.itulah Kit Siang yang kita tahu sejak 13 Mei 1969.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget