DAP persoal keputusan sekat kemasukan Tony Pua ke Sarawak


KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan memohon kajian semula kehakiman bagi menentang keputusan kerajaan negeri menyekat kemasukan Ahli Parlimen DAP Tony Pua ke negeri ini.

Bagi tujuan itu, satu pasukan perundangan diketuai Peguam Chong Siew Chiang akan mengendalikan kes ini dibantu oleh beberapa peguam lain yang terdiri daripada pemimpin DAP sendiri.

Antaranya, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa, ADUN Pending Violet Yong, ADUN Padungan Wong King Wei, ADUN Piasau Allan Ling, ADUN Meradong Ting Zhe Fui dan ADUN Dudong Yap Hoi Liong.

Pada sidang media di ibu pejabat DAP semalam, Chong berkata tiada sebab untuk kerajaan negeri menyekat Ahli Parlimen DAP iaitu Tony daripada memasuki negeri ini.

Ini kerana menurut Chong, Ahli Parlimen Petaling Jaya itu bukan bersifat ekstremis yang boleh menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Saya boleh jamin tiada sebarang ucapan atau kenyataan Tony yang menyentuh sensitiviti perkauman di negeri ini sehingga beliau disekat daripada memasuki Sarawak.

“Pada pandangan kami, tindakan kerajaan negeri ini adalah tidak adil dan ia sebenarnya adalah demi menjaga kepentingan politik Barisan Nasional (BN),” katanya.

Sehubungan itu, Chong berharap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem lebih bersikap adil dan tidak menyalahgunakan kuasa autonomi terhadap kawalan imigresen di negeri ini dengan menyekat Ahli Parlimen DAP demi kepentingan politik BN.

“Jika Adenan mahu menunjukkan bahawa beliau adalah berbeza daripada bekas Ketua Menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud beliau harus membuka pintu kepada Ahli Parlimen DAP dari Semenanjung ke sini.

“Melainkan mereka seperti Ibrahim Ali dan Ridhuan Tee yang sememangnya dikenali dengan sikap perkauman, memang wajar jika mereka disekat daripada memasuki negeri ini,” ujar Chong.

Dalam pada itu, selain Tony seorang lagi Ahli Parlimen DAP iaitu Teresa Kok sebelum ini turut disekat daripada memasuki Sarawak.-Utusan Borneo

Post a Comment

Menyekat kemasukan Tony Puaka ke Sarawak oleh Kerajaan negeri adalah untuk mengelak daripada bencana, Preventive better than cure. Infact semua pemimpin DAP harus disekat memasuki Sarawak, Syabas KM Sarawak.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget