Tiong dijangka calon UPP DUN Dudong: Wong



SIBU: Parti Rakyat Bersatu (UPP) dijangka meletakkan Pengerusi UPP Dudong Datuk Tiong Thai King bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata UPP harus berusaha bersama-sama pemimpin Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Tiong seorang calon boleh menang untuk kerusi DUN Dudong.

“Malah, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah memberitahu Tiong supaya berusaha keras dan menang semula kerusi DUN untuk BN pada PRN nanti,” katanya pada Majlis Menggantung Papan Tanda Pejabat UPP Dudong di Jalan Lanang, di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili merangkap Ketua Pemuda UPP Dr Johnycal Rayong Ngipa, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pau Kiew Chuang, isteri Wong Datin Sri Pauline Leong serta yang lain.

Majlis itu turut dihadiri ahli-ahli UPP Cawangan Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Bukit Assek, Kanowit, Bintangor dan Sarikei.

Wong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat berkata, beliau yakin UPP Dudong di bawah kepimpinan Tiong mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk di kawasan itu.

Tambah beliau, pelbagai agenda menunggu pemimpin serta ahli UPP yang memerlukan semua bersatu dan komited bagi mencapai misi tersebut.
“Marilah kita semua bangkit menghadapi cabaran serta berusaha keras bagi memenuhi tuntutan rakyat,” ujarnya.

Wong menggesa ahli-ahli UPP bekerjasama, berganding bahu dan berusaha lebih gigih supaya dapat memenangi hati rakyat seterusnya membolehkan parti diterima masyarakat.

“UPP merupakan sebuah parti masih baharu serta dengan permulaan yang baharu.
“Sebagai landasan baharu sudah pasti pelbagai cabaran menanti kita di hadapan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli UPP dari kawasan tengah yang hadir pada majlis yang beliau sifatkan sebagai penyokong kuat parti.

“Dengan adanya sokongan semua, saya percaya UPP menjadi sebuah parti kuat, utuh, bersatu padu dan berkembang maju,” katanya

- Borneo Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget