PKR Petrajaya anjur majlis berbuka


Kuching: PKR Cabang Petrajaya telah mengadakan majlis berbuka puasa di pejabat Cabang Keadilan Petrajaya, Jalan Semarak semalam.

Dalam majlis itu, PKR turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf di DUN Tupong. "Semoga apa yang kita hulurkan dapat meringankan bebanan mereka untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.", kata Nurhanim Mokhsen, wakil kepada Dato' Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi.

Program 'Jom Berambeh Sungkei' tersebut mendapat sambutan penduduk setempat dan ianya merupakan pertama kali dianjur di pejabat berkenaan yang baru dirasmikan pada dua bulan lepas.

Solat terawih berjemaah turut diadakan selepas majlis berbuka.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah YB See Chee How, YB Voon Shiak Ni, Abang Zulkifli dan beberapa pimpinan serta ahli PKR Sarawak.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget