SUPP HARUS FOKUS KERUSI PEMBANGKANG BUKAN ‘MENGGANGGU’ KERUSI DIMILIKI BN

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Ranum Mina berkata Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) seharusnya memfokus kepada kerusi yang ketika ini dikuasai pembangkang bukannya ‘mengganggu’ kerusi disandang beliau, Opar termasuk Bengoh, Engkilili dan Bawang Assan.
Beliau berkata tindakan SUPP memberi tumpuan kerusi yang sudah berada dalam tangan Barisan Nasional (BN) hanya perbuatan sia-sia dan membuang masa.
“Pemimpin-pemimpin SUPP seharusnya menjauhkan diri dari Opar, Bengoh, Engkilili dan Bawang Assan yang diwakili ADUN daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP), yang mempunyai peluang cerah mengekalkan kerusi itu untuk BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin kanan SUPP dalam satu majlis di Lundu baru-baru ini, meng-umumkan dua calon daripada parti itu yang bakal bertanding di Opar pada PRN nanti.
Dua calon yang dimaksudkan ialah Nipono Undek dan Billy Sujang.
Tegasnya pengumuman itu tidak langsung memberi kesan kepada beliau, sebaliknya menganggap ia motivasi untuk bekerja lebih keras dan melangkah ke hadapan.
“Lebih baik saya terus berkhidmat kepada rakyat yang saya wakili daripada terlibat dalam perang mulut ini, langsung tidak memberi manfaat,” ujar Ranum.
Beliau juga percaya itu adalah agenda pemimpin-pemimpin SUPP mensa-botajnya, perbuatan yang disifatkan tidak boleh ditole-ransi kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada BN secara keseluruhannya. -Borneo Post.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget