Perhimpunan S4S di Miri tarik 500 orang awam


SOKONG: Para peserta menurunkan tandatangan mereka sebagai membuktikan sokongan terhadap Perhimpunan Hari Kemerdekaan Sarawak Ke-52, yang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

MIRI: Seramai 500 orang awam mengadakan Perhimpunan Hari Kemerderkaan Sarawak Ke-52 anjuran pergerakan Sarawak for Sarawakian (S4S), yang berlangsung di padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) di sini, semalam.

Para peserta tersebut masing-masingnya membawa bendera, kain rentang, sama ada memaparkan logo S4S ataupun bendera negara Sarawak yang lama, di samping papan-papan tanda dengan pelbagai slogan.

Sebelum berhimpun di padang berkenaan, para peserta telah memulakan perjalanan mereka dari Marina Bay dengan membawa bersama bendera dan kain rentang tersebut.

Pengerusi penganjur perhimpunan, Hanim Jaree dalam ucapan di perhimpunan tersebut berkata bahawa Hari Kemerderkaan Sarawak yang jatuh pada 22 Julai, perlu diketahui oleh semua orang khususnya rakyat negeri ini kerana ia merupakan sejarah yang amat penting kepada negeri ini atau negara Sarawak ketika itu.

“Hari ini pula adalah hari yang amat bersejarah kepada warga Miri khususnya yang tidak dapat datang ke Kuching dan menyertai kami pada perhimpunan yang sama pada 22 Julai ini kelak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hanim berkata beliau amat berterima kasih kepada pasukan penganjur bagi peringkat bahagian Miri yang berjaya menjadikan acara tersebut berjalan lancar semalam.

“Kita juga berterima kasih kepada pasukan polis yang telah memberikan kerjasama dan memastikan perjalanan dan perhimpunan ini berjalan lancar dan mengikuti seperti yang dimahukan,” jelas beliau lagi.

- Borneo Post Online

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget