Kuching - Sebanyak 40 buah keluarga asnaf (fakir dan miskin) daripada 7 buah kampung di DUN Tupong telah di raikan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana sempena Ramadhan kali ini. Program yang dianjurkan setiap kali menjelangnya Ramadhan ini adalah bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga-keluarga asnaf.
Syamsul Bahri yang merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Petra Jaya berkata, "Program ini adalah salah satu inisiatif program dibawah Untukmu Sarawak. Kami (PAS) cukup komited untuk menganjurkan dan melaksanakan lebih banyak lagi program-program amal dan kebajikan khususnya dalam bulan Ramadhan ini. Islam menuntut kita untuk saling berkongsi dan memberi. Mudah-mudahan ianya dikira amal soleh kita di akhirat kelak. Insya Allah."
Bantuan sebanyak RM100 beserta barangan keperluan asas di rumah telah diserahkan kepada semua wakil keluarga yang hadir oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak, Tuan Haji Adam Ahid. Disamping itu, majlis seperti ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturahim semsama umat Islam disamping dapat mendekati serta mendengar keluhan rakyat dengan lebih dekat.
Pelbagai program lain telah dilaksanakan sepanjang Ramadhan ini. Antaranya ialah Agihan Bubur Lambuk Ramadhan, Program Pemerkasaan Asnaf, Misi Jejak Asnaf dan banyak lagi. Program-program ini dianjurkan oleh PAS kawasan Petra Jaya dengan kerjasama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Skuad Prihatin PAS Petra Jaya dan Jabatan Amal Malaysia.-SarawakLIVE
Post a Comment