PKR Sarawak sentap DAP



Pakatan Rakyat di Sarawak sudah dikebumikan. Apa Dap mau lagi !!!! Versi Najib Umno. Agenda PKR, PAS dan DAP terkubur. Apakah agenda itu ? Agenda untuk merubah Sarawak Baru, Malaysia Baru. Ini kalilah disentap ... laungnya kini sumbang. Ubah ... terdiam. Tetapi diam-diam parti komponen pakatan DAP melebarkan pemahamannya ke pedalaman Sarawak. Bukan keseluruhan tetapi cuma ke kawasan yang mereka dapat diterima oleh dua atau tiga buah rumah panjang dan kampung dengan ilham impian Sarawak. Mereka mula memprovokasikan PKR kerana bagi mereka PKR tidak ada pendirian tentang Hudud. Tetapi berapa kali PKR menekankan bahawa tidak setuju dengan perlaksanaan hudud. Namun semakin banyak suara sumbang ahli-ahli Dap memperlekehkan PKR. Mula-mula kita bukan besangka buruk dengan pegerakan mereka. Kita hargai mereka. PKR tidak pernah sesekali pun mengeluarkan apa-apa kenyataan bodoh atau sengketa sama ada di media massa atau media sosial. Yang selalu ialah orang DAP, pemimpin DAP. Jadi siapa yang bermasalah sebenarnya.

Kalaulah nak kan kuasa, pakailah cara sendiri. Memandangkan DAP Sarawak tidak ada dalam Pakatan Sarawak. Tunjukkan kemampuan sendiri. Jangan asyik memprovokasi pihak yang lain. Kalau Dap jujur inshaallah rakyat akan sokong. Tidak kira melayu cina melanau orang ulu dan sebagainya. Sebab common enemy rakyat ialah BN. Gunalah autonomi yang termaktub dalam perlembagaan Dap itu dengan baik. Ada orang tanya apa Dap dan PKR sudah jadi musuhkah ?? Jawapan nya tidak sebab Pakatan Pusat masih bergabung. Cuma Pakatan di Sarawak ini ramai ahli-ahli parti yang bertindak mengikut ego. Post sana-sini, kutuk sana kutuk sini. Jadi adakah begini orang politik yang kita mahu ?? Belum apa-apa ditangan sudah macam boss. Alahai, mana tidak pihak yang dihentam pun jawablah. Takan mau berdiam selamanya. Jadi, umpama dikatakan kita berdiam bukan maksud kita mengalah, diam diam ubi berisi kan bagus.

Sewaktu masih bersama dalam Pakatan Rakyat, sebelum pilihan raya negeri ke-10, PKR dengan jujur meminta DAP untuk sama-sama bertanding di kawasan luar bandar. Tetapi DAP dengan bongkaknya menolak tawaran tersebut. Begitu juga rundingan awal PKR dan DAP berbincang untuk membahagikan kerusi di semua kawasan bandar dan separa bandar. Namun perbincangan tersebut gagal dan ini memaksa PKR bertanding di semua kawasan yang diketahui kubu kuat BN 47 kerusi tidak termasuk Senadin dan Batu Lintang. Maka PKR menang mudah di Batu Lintang dan kalah tipis di Senadin. Manakala PKR menang di kubu kuat SPDP di Ba Kalalan dan Krian. Dan DAP dengan bangganya menang kesemua kerusi majority pengundi Cina dalam bandar.

Bermulalah dari episod ini DAP naik kepala sehingga pada PRU13, sekali lagi rundingan kerusi di manfaatkan oleh DAP bertanding di kesemua kerusi bandar namun disebabkan pergolakan dalaman DAP di parlimen Miri maka ianya diserahkan last minute kepada PkR. Jadi mau salahkan PKR secara langsung menyelamatkan maruah PR pada pilihanraya lepas.

Kita imbas kembali apa sumbangan DAP dalam mempertahankan Tanah Adat ? Setahu saya kurang ataupun kurang kedengaran. Mungkin yang kedengaran satu dua di bahagian Abok atau Panggil Sri Aman. Tapi belum pernah lagi setanding dengan pencapaian PkR yang rekodnya outstanding di seluruh Sarawak. Kalau bangga dengan impian Sarawak. Apa kurangnya PKR. Jadi kes-kes mahkamah tanah adat kalau disusun kira begitu banyak sekali di fail pihak pKR. Apa masalah DAP dengan PKR ?? Kerana momentum PKR sekarang telah diterima rakyat. Ditambah lagi PKR sangat menghargai NGOs yang memberikan sokongan tidak mengira tempat dan waktu. DAP cuma diterima oleh masyarakat Cina amnya. Cuma sekerat saja masyarakat bukan Cina di dalam DAP hanyalah untuk menunjukkan mereka berautonomi. Tetapi apakah sumbangan mereka-mereka setakat ini ??? Tak apa saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan saya di dalam DAP. Untuk itu chapter 3 akan saya utarakan selepas Hari Raya seperti seakan munculnya PR 2.0.

Pakatan Rakyat 2.0? Oleh Abun Sui Anyit
PKR Sarawak masih menganggap DAP sebagai rakan Pakatan tetapi DAP pula "memutuskan hubungan" dengan alasan hudud yang PKR Sarawak juga tentang.

Terbaru DAP pula mendesak dan menggertak PKR Sarawak dengan memaksa PKR Sarawak sama ada pilih DAP atau PAS?

Itu bukanlah masalah sebenar DAP dengan PKR Sarawak. Masalah sebenar adalah kerana impian DAP untuk ke pedalaman "terhalang oleh PKR Sarawak".

DAP menggunakan alasan mereka bertanding 15 menang 12. PKR Sarawak bertanding 49 menang 3 sahaja. Alasan ini tidak tepat. Kerana DAP menang di bandar kerana faktor Anwar Ibrahim yang berkempen untuk Pakatan Rakyat termasuk DAP di semua bandar yang DAP tandingi. Kekuatan atau kemenangan 12 kerusi ini tidak sepatutnya digunakan oleh DAP untuk serang PKR. Sedangkan PKR atau Anwar Ibrahim dan Azmin Ali membantu kempen DAP di seluruh bandar - bandar masa PRN-10 2011. Kemenangan 12 kerusi ini bukan kemenangan mutlak DAP sendiri. Ia kemenangan Pakatan bersama. Sedangkan Lim Kit Siang dan top gun DAP tidak banyak membantu PKR Sarawak di pedalaman. DAP perlu tahu bahawa 3 kerusi yang dimenangi PKR bukan hak mutlak PKR walaupun hanya jentera PKR sahaja yang berhempas pulas melawan BN tanpa kehadiran top gun DAP membantu ketika itu.

Dulu DAP tidak mahu berkongsi beban dengan PKR untuk bertanding di kerusi pedalaman, maka PKR terpaksa berkorban memikul tanggungjawab itu. Apabila PKR bertanding 49 kerusi maka DAP kata PKR Sarawak tamak. Ini tuduhan tidak berasas.

Kini DAP menggunakan Impian Sarawak untuk bergerak ke pedalaman. Ingatkan impian Sarawak ini adalah untuk membantu PKR di pedalaman; rupa-rupanya tidak. Niat DAP rupa-rupanya untuk merampas kerusi PKR Sarawak di pedalaman.

Malangnya yang DAP mahu bertanding pula adalah di kawasan yang PKR boleh menang seperti Layar dan lain-lain. Tidak pula mahu bermula di kawasan yang tiada harapan seperti di Balingian dan lain-lain.

Walau pun begitu harap Rakyat Dayak pedalaman tidak mudah terkeliru dengan projek kecil yang dibawa DAP dengan perjuangan PKR Sarawak iaitu Tanah Adat yang sangat berharga diperjuangkan oleh PKR Sarawak.

Kebijaksanaan rakyat pedalaman sangat dituntut membuat perbandingan antara perjuangan NCR PKR Sarawak dengan projek kecil DAP ini dalam impian Sarawak.

Justeru penyelesaian yang kita perlu untuk kita mengalahkan BN adalah elakkan pertembungan PKR lawan DAP dalam PRN-11 akan datang.

Biarlah DAP tumpu kerusi yang mereka bertanding dulu. PKR Sarawak pun bertanding di 49 kerusi yang pernah dipertandingkan dulu. Kekalkan status quo.
Kecuali PKR Sarawak sanggup serah beberapa kerusi pedalaman kepada DAP, maka dari situlah DAP bermula membina kekuatan di kerusi pedalaman. Bukan main sergah rumah dan claim rumah itu milik diri.


Denga kata lain bukan merampas atau ngetau kerusi @ umai yang PKR Sarawak boleh menang yang telah PKR kerjakan selama ini.

Janganlah kerana kehadiran DAP di kerusi PKR Sarawak yang PKR Sarawak boleh menang ini akan menjejaskan peluang PKR menang. Ini tindakan sangat tidak bijak atau tidak waras DAP kalau ianya berlaku.

So, kali ini, kalaupun DAP tak mahu tolong PKR di kerusi boleh menang PKR di pedalaman, tolonglah JANGAN KACAU PKR untuk menjejaskan kemenangan PKR. Itulah permintaan PKR dari DAP.

Bersatu melawan common enemy kita BN di semua kerusi.

MINTA MAAF Oleh Leslley Kalom
Mintak maaf, rasa terpanggil merik pendapat sigek duak.
Dap Sarawak boleh la cakap besar. Dia cakap Pkr Sarawak bertanding 41 kerusi tapi cuma menang 3 kerusi saja sedangkan Dap bertanding 15 kerusi dan menang 12 kerusi pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas pada tahun 2011.


Soalan mudah untuk Dap Sarawak, daripada 15 kerusi, berapa kerusi yang kamu tanding di kawasan luar bandar?

Berapa kerusi yang Pkr tanding di kawasan bandar?
Kenapa Dap sapu hampir kesemua kerusi kawasan bandar kecuali Batu Lintang dan Senadin yang dia orang bagi sama Pkr?

Kenapa Dap Sarawak tak sanggup berkongsi kerusi2 lain di kawasan luar bandar yang di tandingi Pkr pada PRN lepas? Lepas itu cakap PKR tamak?

Kalau tak silap saya, Dap cuma bertanding di Dun Meluan dan meletakkan Dr John Brian Anthony sebagai calon? Maaf kalau tersilap.


Macam mana kalau PKR bertanding di kesemua kerusi kawasan bandar dan Dap bertanding di kawasan luar bandar? Mun PKR sik bertanding kerusi luar bandar yang lain ariya, sapa mok bertanding? Mok beri BN menang tanpa bertanding? Lepas itu cakap PKR tamak?

Bila sudah sapu hampir kesemua kerusi bandar, sekarang Dap mau cuba menembusi kerusi luar bandar yang selama ini secara tradisi di tandingi PKR. Dalam erti kata lain, meluaskan kuasa.

Tidak ada masalah tapi jangan main palat kata urang Sarawak. PKR sanggup berunding/berbincang tentang pembahagian kerusi tapi bila ada yang sik dapat dipersetujui bersama, jangan lah nyalah PKR mun kehendak DAP sik dapat di persetujui.

So far Pkr Sarawak led by Yb Baru Bian were not confrontational in his approach as he know our common enemy is BN and that above all.

Semoga Dap Sarawak dapat menggunakan kebijaksanaan untuk berbincang dengan Pkr Sarawak demi kepentingan bersama demi rakyat Sarawak yang dahagakan perubahan di negeri yang tercinta ini.

Leslley Kalom
Ketua Pemuda Parti Chap Ayam

-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget