Orang BN Gagal Memahami Bahasa Malaysia dalam isu zakat!
Orang BN ini tidak faham Bahasa Malaysia. Mereka gagal mendalami ilmu Bahasa Malaysia. Mana tidaknya, apabila saya mempersoalkan status kewangan Tabung Baitulmal Sarawak, mereka kata saya tuduh TBS guna wang zakat bina bangunan. Soalnya sekarang, pernahkah saya kata TBS guna duit zakat?
Saya tidak tahu dan pembayar zakat di Sarawak pun tidak tahu TBS guna duit apa sebab hanya Menteri Muda Hal Ehwal Agama Islam dan Ketua Menteri Sarawak sahaja yang tahu. Mana mungkin mereka tidak tahu sebab projek diluluskan oleh siapa? Apakah BN begitu takut dengan soalan saya yang mudah ini?
Jika tidak menggunakan dana zakat, maka soalan seterusnya, adakah kamu guna dana baitulmal? Kalau tidak, adakah kamu guna dana wakaf? Soalan mudah pun kamu tidak dapat jawab, inikan pula kamu hendak menjawab soalan dari pembayar zakat yang lain. TIDAK PERNAH SAYA MENUDUH TBS GUNA DANA ZAKAT UNTUK MEMBINA BANGUNAN MEWAH KOMPLEKS ISLAM. Saya cuma bertanya dan bukan beri kenyataan. Bagaimana orang BN ini boleh masuk universiti kalau tidak faham Bahasa Malaysia? Kata memperjuangkan Bahasa Malaysia tetapi gagal membezakan SOALAN dan KENYATAAN.
Baru tanya soalan, BN dan TBS sudah bergegar kepala lutut. Kalau telus, dedahkan sahaja Laporan Kewangan. Saya tiada hak mempersoalkan laporan kewangan Persatuan Buddha, Gereja, Tokong, Kuil dan Gudwara sebab institusi agama ini tidak bernaung dibawah Orinan Sarawak dan bukan Badan Berkanun Kerajaan seperti TBS. TBS ditubuhkan dibawah Majlis Islam Sarawak Ordinance dan setiap laporan kewangan TBS merupakan dokumen awam!
DEDAHKAN LAPORAN KEWANGAN TBS ATAU SAYA CABAR MENTERI MUDA HAL AGAMA ISLAM BERDEBAT DENGAN SAYA!
Abdul Aziz Isa
Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak
-SarawakLIVE
Post a Comment