DAP masuk kawasan luar bandar bantu bantu rakyat, bukan bantu PKR.
Di mana kawasan yang ada Projek Impian Sarawak, di situ DAP akan bertanding. Di mana kawasan yang bekas calon tidak bergerak, di situ DAP akan bertanding. Di mana kawasan yang tiada pergerakkan, di situ DAP akan bertanding. Apa perlu risau? Kita bergerak berseorangan sekarang.
Padang Rumput Panjang
DAP tebas padang rumput yang panjang ditinggalkan oleh PKR. Bila rumput sudah ditebas, padang sudah rata, mana mungkin DAP akan serahkan perlawanan kepada PKR. Kalau PKR hendak berlawan, cari padang sendiri. Kalau kamu kata itu padang kamu, maka kenapa kamu tinggalkan padang itu setiap 2 tahun? Bagus bagi DAP.
Isu Berkisar Satu Tempat Sahaja
Masalah sekarang, batang hidung pemimpin PKR sekarang jarang nampak turun padang. Bila berlaku masalah rakyat, mereka pergi jumpa wakil DAP di Pusat Khidmat DAP kawasan masing-masing. Sehingga kini, PKR sentia mengungkit jasa mereka mempertahankan tanah rakyat. Ya, saya akui isu tanah rakyat itu penting tetapi kebanyakkan isu itu berkisar kepada masalah masyarakat Dayak dan majoriti Dayak sekarang menghadai masalah GST, kenaikan harga petrol, pendidikan sekolah dan kebajikan. Memang tanah adat itu penting tapi adakah setakat itu sahaja kepandaian PKR, hanya isu tanah? Bagaimana isu lain?
Melayu PKR Sarawak
Bagaimana isu Melayu dan Cina? Semakin ramai orang Melayu meminta khidmat bantuan dari pihak DAP. Mana pergi pemimpin Melayu PKR? Masa pilihanraya baru keluar kempen, lepas pilihanraya cabut lari ke KL. Inikah perangai bakal wakil rakyat? Bila orang Melayu undi BN, kamu kata Melayu bodoh. Saya tegaskan di sini, Melayu tak bodoh. Mereka undi BN sebab PKR lemah, hanya muncul bila tiba pilihanraya (Gambong Kedirik Jadi Calon). Kata orang Melayu Sarawak, 'Ndak ku betah ngundi PKR. Jaik-jaik pun BN, ada juak sidak di kawasan. Dak PKR tok mun menang lom tentu gik berada di kawasan. Kelak nganok kita bodo ngundi BN!".
Sikit-Sikit Demo
Kalau kita perasan, PKR ini gemar berdemonstrasi. Sikit-sikit, demonstrasi. Ya, memang bagus, tetapi adakah ini sahaja yang PKR tahu? Bila ada kes tanah adat masuk mahkamah, semua tumpang dapat kredit. Semua canang isu tersebut tetapi apa telah kamu lakukan di kawasan kamu sendiri? Sibuk bangga dengan kejayaan orang lain tapi diri sendiri buat apa? Pandai ke tidak calon PKR ini buat surat dan bermesyuarat dengan pihak agensi kerajaan? Pandai ke calon PKR ini menyelesaikan masalah rakyat? Kamu ingat kamu boleh selesai masalah rakyat dalam masa 14 hari berkempen? Masa inilah yang paling sesuai turun padang seperti DAP. Majoriti bakal-bakal calon DAP bekerja di Sarawak. Ada yang di Semananjung sanggup letak jawatan demi rakyat. Ada yang selesa kerja bank sanggup letak jawatan demi rakyat. Ada yang dapat tawaran kerja di KL dengan gaji lebih besar sanggup menolak tawaran demi rakyat. DAP tidak meletakkan calon sebarangan yang hanya tahu turun padang bila berkempen.
DAP Bantu Ringankan Beban PKR
Dulu DAP target kerusi majoriti Cina, maka PKR kata mereka sanggup mengambil selebih 49 kerusi memandangkan DAP enggan bertanding di kawasan luar bandar. Sekarang DAP sanggup bertanding di kerusi luar bandar, kenapa PKR tuduh DAP perampas? Kita hendak bantu menangkan kerusi yang kalah dan meringankan beban kewangan PKR. Satu soalan saya, calon PKR bertanding atas sebab menentang BN atau hendak ambil duit kempen? Berapa ramai calon PKR hantar laporan kewangan PENUH selepas kempen?
Kerusi Milik Siapa?
Sejak bila kerusi-kerusi di negeri Sarawak ini milik PKR? Ianya milik rakyat, bukan PKR. PKR anggap kerusi ini macam mak bapa meraka yang punya. Bagi bila mahu, rampas bila mahu. Tiada soal ambil atau rampas, ianya adalah PERSAINGAN!.Dalam Perlembagaan Sarawak tidak disebut PKR, BN, DAP dan PAS. Kalau kamu nak tanding juga, bertandinglah. Tiada halangan. Satu lagi, PKR kata DAP enggan bekerjasama dengan PKR? Owh ya, teringat dulu masa dalam Pakatan Rakyat, setiap kali saya buat program di Petra Jaya, PKR tidak pernah datang walaupun dijemput. Namun, saya pergi ke majlis PKR bila dijemput. Jadi, di sini, siapa enggan bekerjasama dengan siapa?
Apa Lagi PKR Mahu?
Setiap kali saya berjumpa dengan beberapa orang pemimpin Melayu PKR, mereka tidak sudah-sudah membincangkan isu DAP bertanding di Parlimen Stampin. Masalahnya, DAP dah menang di Parlimen Stampin, yang PKR nak bising-bising lagi kenapa? Janji BN sudah tumbang, itu pun masih bising? DAP tidak ada pun marah bila PKR menang DUN Batu Lintang, yang penting BN sudah kalah. Apa PKR mau lagi? Mahu DUN Batu Kawah, DUN Pending, DUN Padungan dan DUN Kota Sentosa? Akhirnya, BN menang di kawasan lain. Jumlah kerusi kita setakat itu sahaja sebab bodoh sibuk hendak merampas kerusi yang sudah menang yang mana matlamatnya untuk menumbangkan BN adalah sama. DAP dah menang, sudah lah. Tak perlu PKR nak tanding kerusi yang sudah dimenangi DAP. Cari kerusi yang masih dimenangi BN. Kalau PKR tuduh DAP rampas kerusi PKR sebagai contoh di DUN Satok, soalnya sekarang, sejak bila kerusi DUN Satok dimenangi PKR? Kalau masih masih dimenangi BN maka kerusi itu milik rakyat dan BN, bukan PKR. Lainlah kalau PKR menang di DUN Satok dahulu, tidaklah DAP akan bertanding di sana.
Persoalan ini cukup mudah. PKR tidak perlu gelabah DAP tanding 30 kerusi sebab ianya akan meringankan beban kewangan PKR. Misi utama DAP bukan hendak rampas kerusi PKR atau tumbangkan PKR. Misi DAP adalah untuk TUMBANGKAN BN!
UBAH! Bersihkan Malaysia!
UBAH! Selamatkan Malaysia!
ABDUL AZIZ ISA
SETIAUSAHA PUBLISI PEMUDA DAP PETRA JAYA
-SarawakLIVE
Post a Comment