'KPN tidak larang berhimpun'-Peter John Jaban


KUCHING, 22 Julai: Pengerusi penganjur perhimpunan sambutan kemerdekaan Sarawak, Peter John Jaban menyatakan bahawa Ketua Polis Negara tidak melarang aktiviti perhimpunan hari ini kecuali berlaku kekecohan.

"Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Sarawak tidak melarang perhimpunan hari ini tetapi cuma memberi amaran agar tidak berlaku kekecohan", kata Peter.

Beliau yang mewakil NGO SADIA dan gerakan S4S juga menjelaskan bahawa sepanjang penganjuran aktiviti sebegini, tidak pernah berlaku kekecohan dan yakin rakyat Sarawak dapat melakukanya secara aman.



"Agenda utama perhimpunan hari ini adalah untuk menunjukkan kepada kerajaan supaya melihat sendiri keinginan rakyat Sarawak untuk menuntut hak mereka dan menjadikan tarikh 22 Julai sebagai cuti umum", tambah Peter.

"Kami akan menuntut hak rakyat Sarawak dan menyampaikannya dengan cara yang terbaik", katanya lagi.

Setakat sekarang, hampir 3,000 orang membanjiri padang Song Keng Hai, Kuching untuk meraikan hari kemerdekaan Sarawak.

Perhimpunan ini adalah anjuran NGO SADIA dan beberapa cabang gerakan S4S. Turut menyertai perhimpunan menuntut hak Sarawak ini ialah pimpinan serta ahli parti politik DAP, PKR dan SUPP.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget