KPN "mengarut" kata Peter John Jaban

Penganjur program jalan kaki bagi memperingati ulang tahun kemerdekaan Sarawak esok berkata, acara itu tetap akan diteruskan di Kuching walaupun polis menasihatkan supaya ia dibatalkan kerana bimbang perarakan itu akan digunakan untuk menyeru kepada pemisahan negeri dari Malaysia.

Peter John Jaban, pengerusi penganjur 722 Sarawak Freedom and Independence Day Walk, menganggap sebagai "mengarut" dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang acara itu akan digunakan untuk membangkitkan sentimen ke arah pemisahan Sarawak.

Beliau berkata, pihak penganjur bertemu dengan polis "banyak kali" mengenai acara jalan kaki itu, yang akan diadakan di padang ragbi Song Kheng Hai di Padungan, dan memberi jaminan ia tidak akan menjadi satu acara politik.

"Kami nafikan sama sekali dakwaan tersebut (desakan untuk pemisahan).

"Kami menemui polis banyak kali mengenai perkara ini dan kami memberi jaminan perhimpunan ini tidak akan menjadi acara politik, kecuali mungkin untuk meminta Putrajaya memberi kita apa yang menjadi hak Sarawak, seperti royalti minyak dan gas, dan mengembalikan bahasa Inggeris sebagai medium pengantar di sekolah-sekolah Sarawak," kata Jaban mengulas amaran Khalid terdahulu hari ini.

"Kami menafikan ada sebarang percubaan untuk menjadikan perhimpunan tersebut usaha ke arah pemisahan Sarawak."

Beliau berkata, pihak penganjur mengambil langkah untuk menghalang perhimpunan itu daripada menjadi acara politik, dan sedar akan ada kemungkinan "orang luar cuba untuk menimbulkan masalah".

Jaban berkata, peserta dinasihatkan jika berdepan mereka yang berkelakuan provokatif, harus segera menyambungkan lengan masing-masing dengan rakan mereka serta duduk supaya mereka yang menimbulkan masalah dapat dilihat. – 21 Julai, 2015. - Minsider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget