Polis siasat Nurul Izzah berhubung gambar hina PM


PETALING JAYA: Polis hari ini memanggil Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata anggota Parlimen Lembah Pantai itu dipanggil memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

"Nurul Izzah disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Nurul Izzah ketika ditemui di perkarangan IPD Petaling Jaya di sini berkata beliau dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung gambar badut yang dimuat naik melalui akaun instagramnya sebulan lepas.

Sesi merakam percakapan tersebut berlangsung lebih satu jam yang bermula pada pukul 2.30 petang.

Gambar berkenaan dilukis aktivis Fahmi Reza.

- Awani

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget