Pas tanding 11 kerusi pada PRN Sarawak


KUCHING - Pas malam ini mengesahkan akan meletakkan calon di 11 kerusi Dun pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) akan datang. 

Mengumumkan demikian, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke Dun.

"11 kerusi Dun tersebut ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut," katanya, pada Majlis Makan Malam Pelancaran Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak Menjelang PRN-11 di sini malam ini.

Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Mustafa Ali. 

–Bernama


Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget