PETALING JAYA: Tun Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan pemimpin UMNO dan DAP terpaksa melupakan seketika perseteruan mereka untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tiada pilihan lain.
Katanya, beliau sedar ramai ahli UMNO dan juga DAP yang sekian lama memusuhi antara satu sama lain tidak senang pemimpin mereka berada dalam pentas yang sama.
“Amat sukar bagi ramai dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima bahawa mereka yang menandatangani deklarasi menolak Najib berbuat demikian bukan sebagai ahli parti, tetapi sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini. - FMT
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.