Jawapan kepada penghasut Sarawak keluar Malaysia


Beng Kor aktivis pemisah Sarawak melancarkan provokasi terhadap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berhubung isu keluar Malaysia. Provokasi tersebut tidak masuk akal disebabkan agenda beliau untuk memperolehi dana untuk membawa Sarawak keluar dari Malaysia berkemungkinan akan terjejas.

Sebelum ini Adenan cukup jelas kenapa dan mengapa Sarawak tidak boleh keluar dari Malaysia. Malah setiap kali berucap pasti terselit perkara tersebut. Adakah Beng Kor tidak memahami atau sengaja tidak memahami kenyataan Adenan?

Pada dasarnya Adenan menyatakan tiada istilah keluar dari Malaysia walaupun tindakan Adenan menuntut hak-hak Sarawak seolah-olah anti pusat pada andaian segelintir pihak, tetapi sebenarnya Adenan cuma Anti-Injustice. Apa yang dilakukan sekarang adalah menuntut apa yang di bahagi kepada Sarawak dalam perlembagaan sendiri dan tiada kaitan keluar dari Malaysia langsung. Kenyataan keluar dari Malaysia adalah 'BODOH'.

Sarawak adalah satu pihak yang menubuh Malaysia menerusi perjanjian Malaysia yang ditandatangai oleh pihak United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, North Borneo (Sabah) dan Sarawak. Oleh kerana perjanjian tersebut Sarawak dan Sabah mempunyai keistimewaan dalam Autonomi. Autonomi tersebut yang Sarawak tuntut dan bukan keluar dari Malaysia.

Adenan turut menanyakan kepada sesiapa yang hendak keluar Malaysia cuba berfikir balik berkenaan aspek pertahanan, keselamatan, pendidikan, perkhidmatan kesihatan yang terdapat di Sarawak selama ini dan siapa yang bayar dan sediakan. Peruntukkan bajet untuk menampung kesemua perkara tersebut memakan belanja yang besar dan keseluruhan peruntukkan datangnya dari kerajaan pusat.

Apa yang sepatutnya Sarawak lakukan adalah memperjuangkan hak-hak yang telah dibahagi untuk Sarawak melalui perjanjian Malaysia dikembalikan semula ke Sarawak. Perkara tersebut Adenan telah mulakan langkah dan 13 perkara telah dipersetujui bersama kerajaan pusat.

Jadi jelaslah jawapan untuk Beng Kor kenapa Sarawak tidak perlu keluar dari Malaysia dan tindakan Beng Kor hendak membawa Sarawak keluar dari Malaysia adalah satu tindakan yang BODOH.-Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget