Baru Bian patut berundur kerana Anwar Ibrahim dipenjara, kata Peter Minos



KUCHING: Kenyataan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem disifatkan bercanggah dengan apa yang difikirkan oleh rakyat negeri ini.

Penganalisis politik Dato Peter Minos berkata, Adenan merupakan seorang pemimpin terbaik meskipun baharu dua tahun mengetuai pentadbiran Sarawak.

“Banyak perkara telah dilakukan oleh beliau (Adenan), malah rakyat sangat mengagumi dan menghormati kepimpinannya.

“Ia berbeza dengan pendapat Baru Bian yang mengatakan Adenan sebaliknya, oleh itu adakah dia (Baru Bian) seorang ahli politik yang benar-benar baik atau licik yang hanya berpura-pura tidak tahu Sarawak kini diketuai seorang pemimpin terbaik yang pernah ada,” tegasnya.

Peter berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ‘Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia’ yang dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur kelmarin bertujuan untuk menolak pentadbiran Najib.

Peter berkata, gesaan Baru terhadap Adenan agar berundur daripada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak logik.

“Kita juga boleh meminta dia (Baru) meninggalkan PKR kerana ketua PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah banduan dan kini masih berada di dalam penjara,” katanya.
Mengulas lanjut, jelasnya, Adenan pernah sebelum ini memberikan komen mengenai Perdana Menteri bahawa sistem keadilan adalah telus dan seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget