KUCHING: Berhenti berpolitk lebih baik dari menyertai Barisan Nasional (BN), begitulah luahan Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching, Abdul Aziz Isa menerusi akaun facebook hari ini.
Aziz yang lantang dalam beberapa isu tempatan di sekitar bandaraya Kuching tiba-tiba membuat jaminan itu kepada anak muda di Sarawak bahawa beliau tidak akan menyertai BN, dan tetap akan menjadikan DAP sebagai wadah perjuangan.
“Saya boleh bagi jaminan kepada anak muda dan orang Melayu di Sarawak bahawa saya tidak akan menyertai BN. Saya rela berhenti berpolitik daripada menyertai BN. DAP akan tetap jadi wardah perjuangan saya,” luah Aziz menerusi akaun facebooknya.
Menurut Aziz beliau lebih rela berhenti dari politik daripada menyertai BN.
Bagaimana pun pemerhati politik berpendapat peluang untuk Aziz mewakili DAP bertanding di kerusi Batu Kitang agak samar, kerana parti PKR melalui Naib Presiden PKR Voon Shiak Ni yang turut mengintai kerusi tersebut.
Segelintir pemerhati dilihat cenderung berpendapat, Voon Shiak Ni lebih berupaya untuk memastikan kerusi kawasan DUN baru itu tidak jatuh ke tangan BN.
Kenyataan terbaru Aziz di akaun Facebook seolah membayangkan kemungkinan peluangnya untuk merebut kerusi Batu Kitang telah gagal, justeru jaminannya walaupun kecewa beliau rela berhenti dari berpolitik dari menyertai BN.
Ketika ditanya seorang peminatnya, adakah beliau bersedia untuk menyertai parti tempatan yang tiada kaitan dengan DAP atau BN.
Aziz memberitahu, apa saja boleh berlaku dalam politik tapi yang pasti saya tidak akan menyertai mana-mana parti yang konservatif seperti BN.
"Saya seorang socialist-democrat,” katanya. - Sarawakiana
Post a Comment