Adenan optimis pimpin BN hadapi PRN


KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau amat berkeyakinan dan optimis dalam memimpin BN menghadapi pilihan raya negeri ke-11, yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja sekarang.

"Ini bukan kali pertama saya terlibat dalam pilihan raya negeri, sudah tentulah sebagai calon dan disebabkan pengalaman itu dan sebagai ketua menteri yang memimpin pilihan raya negeri akan datang, saya berasa amat berkeyakinan dan optimis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan seminar persediaan pilihan raya negeri ke-11 bagi kawasan Dun Sebuyau dan Beting Maro dihadiri lebih 300 anggota parti di sebuah hotel di sini hari ini.

Ditanya tentang pembubaran DUN yang akan memberi laluan untuk diadakan pilihan raya negeri ke-11 sebelum Jun tahun ini, Adenan yang juga Pengerusi BN

Sarawak berkata, pembubaran Dun akan dijalankan bila-bila masa sahaja.

Katanya, jentera pilihan raya BN Sarawak kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya itu.

Pada sidang akhbar itu juga, Adenan mengumumkan bahawa penyandang kerusi Dun Beting Maro Razali Gapor dan Dun Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi, akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Terdahulu, ketika berucap, Adenan memberitahu anggota parti supaya bekerja lebih keras untuk menghadapi pilihan raya negeri bagi meraih kemenangan lebih besar.

Beliau turut menasihati pemimpin dan anggota parti supaya tidak bertelagah merebut jawatan yang akan mengakibatkan perpecahan dalam parti. 

- Bernama

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget