Salah tanggap terhadap DAP: Perjuangan melawan media pro-UMNO


Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan kempen serangan dan momokan UMNO-PAS dalam menyuntik sentimen anti-DAP dalam kalangan orang Melayu khasnya di luar bandar, adalah seruan kepada pemimpin dan ahli DAP memandang serius terhadap salah tanggapan yang berlaku.

Kajian itu mendapati selepas perpecahan Pakatan Rakyat pada Jun lalu, kempen memburuk-burukkan DAP sebagai parti anti-Melayu menjadi lebih berkesan hasil kerjasama UMNO-PAS dalam menyebarkan propaganda itu.

Dalam kaji selidik IDE antara 13 hingga 15 November tahun lepas melibatkan 1,716 koresponden Melayu di seluruh Selangor, hampir dua pertiga (72 peratus) bersetuju DAP kononnya parti perkauman dan hanya mempedulikan kepentingan masyarakat Cina.

Hanya 12 peratus tidak bersetuju, manakala 16 peratus lagi mengatakan “tidak pasti”.

Lebih separuh (64 peratus) bersetuju dengan kenyataan “DAP sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam.” 18 peratus tidak bersetuju dan 19 peratus lagi tidak pasti.

Apalah agaknya hasil kajian jika ia dijalankan kepada responden Cina dengan soalan sama ada UMNO adalah parti perkauman yang hanya memandang kepentingan orang Melayu dan sama ada UMNO adalah anti-Cina dan anti-bukan Islam dalam negara ini.

Walaupun begitu, pemimpin, ahli dan penyokong DAP wajib memandang berat hasil kajian IDE sekalipun DAP tidak pernah diwujudkan berasaskan kaum Cina atau mana-mana komuniti tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan negeri.

Dan perkara yang bertentangan dengan DAP jika ada sesiapa yang bersikap anti-Islam atau anti mana-mana agama.

rara sekdemMalah, jika DAP diwujudkan sebagai parti berasaskan kaum yang hanya mempeduli kepentingan masyarakat Cina, tentulah parti ini tidak melakukan tugas dengan sewajarnya kerana setelah separuh dekad, hanya 72 peratus koresponden Melayu bersetuju dengan isu itu. Bukannya 100 peratus seperti yang sepatutnya dan hanya 64 peratus berasakan DAP sebuah parti anti-Islam dan anti-Melayu. Sekali lagi bukan 100 peratus seperti yang sepatutnya.

Tetapi DAP tidak pernah ditubuh sebagai parti Cina, anti-Melayu dan anti-Islam sebaliknya sebagai sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia merangkumi semua bangsa, agama dan negeri. Malah, pada pilihan raya pertama disertai DAP pada 1969 hingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kini, DAP memiliki lebih ramai ahli keturunan India di Parlimen jika dibandingkan dengan MIC.

Adakah DAP sebuah parti untuk kaum India? Tidak. DAP kekal sebagai parti untuk semua masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan negeri.

Dalam 58 tahun sejarah negara, wujudkah mana-mana pemimpin parti politik yang melampaui sempadan bangsa dan agama untuk membayar harga ‘mahal’ sehingga membahayakan karier politiknya demi seorang rakyat Malaysia yang berbeza bangsa dan agama seperti yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?

B1kUoZ1CUAIZ9aSBeliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, disumbat ke penjara Kajang, dirampas hak mengundi dan hilang semua hak asasinya sebagai warganegara Malaysia untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri – semuanya demi menegakkan hak, maruah dan kehormatan seorang gadis Melayu bawah umur.

Jika ada mana-mana pemimpin UMNO, MCA, MIC atau Gerakan yang merentasi sempadan kaum dan agama dalam enam dekad ini dan melakukan pengorbanan politik untuk seorang warganegara berbeza kaum dan agama dengannya, biar kami tahu tentang hal itu.

Sejak saat pertama 50 tahun dulu, DAP diwujudkan sebagai parti dengan komitmen dan visi untuk keseluruhan masyarakat Malaysia tanpa menghitung kaum, agama dan negeri.

Ia sebab mengapa tiga pilihan raya kecil yang ditandingi DAP sebelum PRU 1969 merupakan kubu kuat UMNO – Kampung Baru di Selangor pada September 1967 (calon UMNO Ahmad Razali Mohamad Ali menang dan menjadi Menteri Besar Selangor pada 1982), Tampoi di Johor pada September 1967 dan pilihan raya kecil Parlimen Segamat Utara di Johor pada Oktober 1968 (calon UMNO, Musa Hitam menang dan menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1982).

Ia juga faktor mengapa sejak kali pertama DAP bertanding pada pilihan raya umum pada 1969, parti ini sentiasa membuat senarai calon terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Malah, pada pilihan raya umum 1969, dua Adun keturunan Melayu telah DAP calonkan, seorang di Perak (Ibrahim Singgeh – Tapah Road) dan seorang lagi di Negeri Sembilan (Hassan Ahmad – Si Rusa).

Pada semua 11 Pilihan Raya Umum lalu, DAP memilih orang Melayu sebagai Ahli Parlimen (Ahmad Nor, Zairil Khir Johari, Arif Sabri Abdul Aziz dan Senator Ariffin Omar) serta wakil Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia (Daing Ibrahim Othman, Mohd Salleh Nakhoda Hitam, Fadzlan Yahya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji).

Pada PRU 13, kami melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari etnik Kadazan di Sabah dan kami mengalu-alukan pelantikan Adun etnik Dayak pertama pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang yang dijangka Mac ini.

Segala contoh lalu membuktikan DAP tidak pernah bercita-cita menjadi parti Cina atau bukan Melayu, malah dalam senario baru Pakatan Harapan, kami menggandakan penyelesaian untuk menjadi parti semua rakyat Malaysia dengan mengukuhkan keahlian dan sokongan Melayu, Dayak dan Kadazandusun selaras dengan wawasan dan aspirasi kami untuk Malaysia.

Inilah sebab mengapa kami mengadakan projek Impian Sabah, Impian Sarawak, Impian Kelantan, Impian Johor, Impian Kedah/Perlis dan Impian Perak yang semuanya lahir dari kepercayaan betapa kita adalah rakyat Malaysia.

Negara tidak akan mampu dibangunkan, maju atau makmur jika ada sesiapa, tidak kira kaum atau agama atau negeri yang masyarakatnya hidup miskin dan ketinggalan. Semua rakyat Malaysia tanpa menghitung kaum, agama atau negeri bertanggungjawab atas pembangunan penuh potensi dan hak mereka.

Saya sentiasa mendahulukan diri saya sebagai bangsa Malaysia, sebelum Cina.

Saya percaya dalam dekad keenam kenegaraan kita ini, lebih ramai rakyat Malaysia ada pandangan dan komitmen sama – sebagai rakyat Malaysia dahulu sebelum sebagai Cina, Melayu, India. Kadazandusun atau Iban.

Inilah perkara yang mengilhami Impian Malaysia, tidak kira Impian Sabah, Impian Sarawak, Impian Kelantan, Impian Johor, Impian Kedah ataupun Impian Perak.

Selepas Muktamar PAS memutuskan hubungannya dengan DAP pada Jun lalu, sudah ada jangkaan bahawa dengan ketiadaan Pakatan Rakyat, DAP akan diburuk-burukkan sebagai parti politik Cina yang berfikiran sempit atau parti-bukan Melayu.

Ramalan mereka tersasar sama sekali, dan telah wujud kesedaran dalam kalangan pemimpin dan ahli DAP tentang peri pentingnya membuktikan semua dakwaan negatif itu salah dan tidak berasas.

Tidak ada parti politik yang mahukan sokongan seluruh rakyat Malaysia dan pada masa sama menjadi anti-Melayu dan anti-Islam, atau, anti-Cina, anti-India, anti-Dayak, anti-Kadazandusun atau anti-Buddha, anti-Kristian, anti-Hindu atau anti-Sikh.

Perjuangan menentang segala penipuan dan fitnah seperti itu merupakan perjuangan yang mencabar buat DAP kerana kita perlu berdepan dengan serangan bertubi-tubi kuasa UMNO yang mengawal media massa terutamanya pada zaman sebelum kemunculan internet, laman portal berita dan media sosial.

Kini, pimpinan PAS menyertai UMNO dalam memburuk-burukkan DAP sebagai parti anti-Melayu dan anti-Islam, seperti yang boleh dilihat daripada kerelaan mereka mengeksploitasi penipuan dan tuduhan tidak berasas kononnya Israel menawarkan RM1.2 bilion kepada DAP dan kononnya DAP akan membenarkan pembinaan pangkalan tentera mereka di Port Dickson – sesuatu yang keterlaluan dan tidak munasabah sehinggakan penyebar propaganda UMNO pun tidak berani menyentuh isu itu.

Oleh itu, kajian IDE yang menunjukkan kejayaan serangan UMNO-PAS menyuntik sentimen membenci DAP dalam kalangan orang Melayu merupakan seruan untuk pemimpin, ahli serta penyokong parti, bangkit dan memandang berat kempen membenci DAP.

Ada perkara positif yang boleh dilihat dari kajian IDE iaitu sentimen anti-DAP lebih rendah di kawasan dimenangi wakil rakyat DAP walaupun mereka berbangsa Cina seperti Serdang yang diwakili Ong Kian Ming dan Subang yang diwakili Hannah Yeoh – menunjukkan tanggapan rakyat terhadap parti, boleh diubah melalui hubungan secara langsung atau melalui kempen penyebaran maklumat.

* Lim Kit Siang ialah Ahli Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget