Rayong bidas ‘pendekar kedai kopi’


ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa mengecam sekeras-kerasnya pihak berterusan mendakwa beliau dan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di konstituensinya.

Sambil mempertikaikan motif golongan disifatkan ‘pendekar kedai kopi’ itu beliau memberitahu amat malang sekiranya rakyat terpengaruh dengan dakyah itu.

“Sehubungan itu, saya menasihati golongan ini agar cukup-cukuplah membuat dakwaan yang tidak tepat itu. Tak rakyat begitu buta melihat pembangunan di DUN ini sangat banyak,” katanya pada majlis penyerahan cek di Rumah Isau, Gelong, Lubok Antu di sini semalam.

Turut mengiringi beliau ialah Penghulu Inchang Anchih, beberapa kaunselor dan tuai rumah.

Katanya, beliau telah membelanjakan jutaan ringgit setahun untuk membawa pembangunan di DUN ini dan akan berbuat demikian selagi rakyat memerlukan khidmatnya.

“Daripada sekecil-kecil jubin dan atap hingga jalan raya, bekalan air dan ekektrik sudah, telah dan akan dibawa ke semua kawasan di DUN ini tanpa ada yang tercicir.

“Sebagai contoh sebelum ini kita tidak menjangka jalan raya ke Ulu Skrang namun kini jalan raya sudah terbentang depan mata. Begitu juga bekalan elektrik dan bekalan air,” katanya.

Beliau menambah, setiap masalah rakyat di 187 buah rumah panjang dan perkampungan Melayu akan diperjuang semampu boleh serta dibawa ke pengetahuan pihak berkaitan.

Katanya, tugas beliau semakin mudah apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem tampil dengan polisi pentadbiran yang cukup mesra luar bandar.

“Kami telah diarah beliau agar turun padang dan membantu rakyat semampu yang boleh. Justeru, tiada sebab untuk kita menolak dan menjauhi peranan BN,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat agar sentiasa berdampingan dengan kerajaan dan tidak membiarkan diri mereka terpengaruh dakyah yang mendakwa beliau bukan wakil BN.

“Saya kekal bertanding di DUN ini mewakili BN, maka itu marilah bersama saya mempertahankan konstituensi ini dan menghadiah mandat lebih besar kepada Adenan untuk berkuasa untuk penggal seterusnya,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Rayong menyampaikan geran MRP kepada Persatuan Wanita Rumah Isau berjumlah RM7,000 manakala Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) menerima RM5,000.

Malah beliau turut menyampaikan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 untuk ahli jawatankuasa chapel rumah panjang ini membeli kerusi baharu.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget