Gabungan baru ini perlu mendapatkan semula keyakinan rakyat Malaysia
SHAH ALAM: Pakatan Harapan tidak boleh sekadar memberi harapan, sebaliknya, harus menjadi gabungan yang benar-benar memberi alternatif kepada rakyat, kata wakil DAP, Wan Hamidi Hamid.
Dia menyatakan sentimen yang sama dengan Presiden Mahasiswa Keadilan Muhammad Affendi bahawa gabungan baru ini perlu mendapatkan semula keyakinan rakyat Malaysia.
“Kalau boleh, Pakatan Harapan jangan ulang kesilapan lalu, tetapi berikan alternatif untuk membawa era baru politik dan memulihkan ekonomi negara.
“Semua rakyat menerima kesan sekarang, termasuk ahli akar umbi UMNO-BN sendiri,” kata Wan Hamidi dalam sesi perbahasan Perjanjian Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.
Justeru, Wan Hamidi berharap agar Pakatan Harapan tidak boleh dilihat hanya menyerang pemerintah tanpa menawarkan penyelesaian terhadap mana-mana isu.
“Memang BN hebat menyerang kita. Tetapi, jika kita membuat perkara yang sama, orang akan kata `kita sama sahaja dengan BN’.
“Jadi, kita perlu mula membawa naratif yang lebih besar…Jika tidak sukar untuk kita melangkah kehadapan,” ujarnya.-Free Malaysia Today
Post a Comment