PRN: Calon ditetap presiden, parti tiada kuasa tuntut kerusi



KUCHING:  Datuk Peter Nansian Ngusie menegaskan bahawa tiada satu parti boleh menuntut mana-mana daripada 82 kerusi sehingga dipersetujui pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN).

Nansian yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasi Biru berkata semua parti berhak menamakan calon masing-masing untuk bertanding di mana-mana kerusi.

Tetapi menurutnya persoalan siapa yang akan mewakili BN pada akhirnya nanti terletak di tangan pucuk pimpinan tertinggi BN.

“Mana-mana parti termasuk Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) boleh menamakan calon mereka termasuk di Tasik Biru kerana akan menentu nanti adalah bos.

“Seperkara sahaja harus diingat ialah sebagai ahli BN yang setia kita harus mendengar ‘bos’ kita dan tidak cuba untuk melebihi bos kita dengan memberitahu apa yang perlu beliau lakukan,” katanya.

Tambah Nansian yang juga Timbalan Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), tidak ada mana-mana parti yang memiliki mana-mana kerusi tertentu kerana semua kerusi adalah milik BN.

“Begitu juga dengan Tasik Biru. SPDP boleh menuntut bahawa kerusi ini milik mereka tetapi jika ketua BN memutus untuk menamakan individu lain lebih berpotensi menang, apa yang boleh mereka lakukan.

“Adakah mereka masih akan meletak calon masing-maisng untuk mencabar calon BN?,” soalnya.

Justeru katanya, adalah lebih baik untuk semua parti berhenti bertelagah mengenai siapa yang akan menjadi calon sebaliknya fokus dengan berkhidmat kepada rakyat.

Mengambil contoh diri beliau sendiri, Nansian berkata selagi beliau masih wakil rakyat dipilih beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat biarpun apa sahaja orang kata mengenainya.

“Setahu saya, saya masih sebahagian daripada kerajaan. Oleh kerana itu, saya perlu menjalankan semua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya oleh pucuk kepimpinan.

“Jadi tidak ada sesiapa harus menghentikan atau menghalang saya dari membantu rakyat kerana inilah yang sepatutnya saya harus lakukan sebagai wakil rakyat,” tambahnya yang juga Menteri Muda Pembangunan Komuniti dan Menteri Muda Pembangunan Estet Perindustrian.-Utusan Borneo



Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget