Dr Mahathir Perlu Sokong "'Kempen Bebas Anwar" - Husam

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau akan cuba menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar memberi sokongan dalam kempen untuk bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara berseloroh, beliau berkata, perkara itu akan dilakukan memandangkan beliau bersama bekas perdana menteri itu mempunyai hubungan yang baik.

"Saya baik dengan Tun... Tun bagus, lawan Najib, bagus. Dan kita doakan agar dia sokong Anwar keluar dari penjara.

“Nanti saya pergi nasihat dia," katanya sambil tersenyum semasa berucap dalam majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Kelantan di Petaling Jaya malam tadi.

Perkara itu timbul ketika Husam sedang menceritakan tentang sejarah PAS yang pernah "ditendang" Umno semasa pemerintahan Dr Mahathir yang ketika itu parti Islam berkenaan dibela oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ia dipercayai ketika kejadian PAS keluar daripada Umno pada tahun 1970-an.

"Lim Kit Siang konsisten dalam parlimen dan masa parlimen berbahas sampai 3.30 pagi, siapa yang berucap pertahankan PAS? Antaranya Lim Kit Siang.

"Adakah kerana kita bergaduh kita lupakan sumbangan DAP ini? Tak boleh. Ini fakta.

"Umno yang 'terajang' PAS sampai pukul 3 pagi dan ketika itu (presiden PAS) (Datuk) Asri (Muda) nak berucap pertahankan tetapi Mahathir tak benarkan," katanya lagi. - malaysiakini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget