Kerajaan Sarawak Akan Teruskan Tuntutan Royalti Minyak 20%


KUCHING: Kerajaan negeri akan memastikan Sarawak memperolehi lebih banyak pendapatan daripada hasil minyak dan gas bagi mempercepatkan proses pembangunan di negeri ini.

Bagi tujuan itu kerajaan menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan meneruskan rundingan untuk mendapatkan bayaran royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada Petronas.

“Saya sedar bahawa harga minyak di pasaran dunia ketika ini berhadapan situasi yang kurang memberangsangkan kepada pemain industri minyak dan gas.

“Ini secara tidak langsung memberi kesan dan memperlahankan usaha kita untuk meningkatkan bayaran royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus.

“Bagaimanapun kita berharap situasi ini tidak akan menjejaskan perkembangan industri minyak dan gas negara terutama di Sarawak ini kerana kita bergantung besar kepada hasil daripada minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Kontrak Antara Talisman Malaysia Limited dan Oceanmight Sdn Bhd bagi projek pelantar di Kinabalu.

Tambah Adenan, seperti yang sering beliau nyatakan, beliau tidak mahu Sarawak menjadi penonton dalam industri minyak dan gas apatah lagi hasil minyak dan gas ini adalah dari Sarawak.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan pusat memberikan keutamaan kepada pemain industri dari Sarawak dalam industri minyak dan gas.

“Seperti yang selalu saya nyatakan, kita tidak mahu menjadi penonton dalam industri minyak dan gas.

“Apatah lagi hasil minyak dan gas ini adalah dari negeri kita sendiri, Miri, Bintulu dan Mukah dan sudah tentu kita tidak hanya mahu melihat sumber kita diambil orang,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Adenan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua syarikat terlibat atas keyakinan terhadap industri ini meskipun dalam situasi yang kurang memberangsangkan.

Beliau turut berbangga melihat penyertaan Oceanmight Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat Kumpulan KKB Engineering Berhad dari Sarawak dalam pembangunan projek berkenaan.

Kontrak telah ditandatangi antara Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan KKB yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Oceanmight Datuk Kho Kak Beng dan Naib Presiden Repsol Rob Mills yang mewakili Talisman.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong serta yang lain.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Sepatutnya sabah/sarawak sudah mampu mengawal sendiri sumber asli untuk pembangunan Sabah/Sarawak. Kita lihat saja semenajung sudah kaya raya dengan hasil minyak/komoditi & cukai keatas kita. sampai bila kita mengemis dan menggunakan produk mereka bukankah situasi ini sama dengan zaman penjajahan British?

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget