George Chen calon PKR DUN Machan


KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan George Chen merupakan calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengarah PRN PKR Sara-wak, See Chee How berkata Chen bekerja keras untuk Machan sejak dua tahun lalu dan mencatat pencapaian cemerlang dalam indeks pencapaian utama (KPI) selain siap sedia menghadapi PRN.

“Parti (PKR) juga yakin Chen disokong pengundi dan menjadi calon yang berjaya untuk konstituensi Machan.

“Oleh itu, kepimpinan parti tidak teragak-agak mengesyor dan mengumumkan beliau calon untuk kerusi itu bulan lalu,” katanya.

Naib Pengerusi PKR Ne-geri dan ADUN Batu Lintang itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan dalam Utusan Borneo baru-baru ini memetik ahli PKR, Semawi Paong berminat bertanding di Machan.

“Kepimpinan PKR negeri, menerusi naib pengerusi yang juga ADUN Krian, Ali Biju, mendapat pengesahan daripada Semawi dan menurut beliau, penyokongnya yang bercakap dengan akhbar kerana mahu melobi agar dicalonkan,” jelas See.

Beliau turut mengakui Semawi dinamakan antara calon berpotensi untuk konstituensi Machan dan Ngemah ketika PKR memperhebat persiapan menghadapi PRN pada Januari 2014.

“Bagaimanapun, disebabkan komitmennya kepada majikan, Semawi tidak dapat komited kepada KPI persiapan pilihan raya tetapi sebagai pemimpin yang komited kepada parti, beliau bersetuju membantu siapa sahaja dipilih sebagai calon.

“Semawi dalam pada itu menyatakan kesediaan dan komitmennya dipertimbangkan sebagai calon berpotensi untuk pilihan raya umum kelak khususnya kawasan Parlimen Kanowit,” jelas See.

Beliau percaya calon pembangkang mahupun bebas hanya boleh menang di mana-mana kerusi dipertandingkan jika mereka bekerja peringkat akar umbi bagi tempoh lama dan mampu membantu jentera (pilihan raya) sendiri untuk menyokongnya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget