BN mahu rampas kembali kerusi pembangkang


BETONG: Misi utama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri(PRN) akan datang ialah merampas kembali kerusi milik pembangkang dan meneruskan pemerintahan di negeri ini.


Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) dan Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata kekuatan parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah yang terbaik berbanding parti-parti lain.

Menurutnya, PBB mempunyai 35 anggota dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memenangi kerusi masing-masing pada PRN lalu.

“Untuk membuktikan bahawa PBB terus kukuh, kita (BN) perlu memenangi dua pertiga kerusi bagi menubuhkan semula kerajaan.

“Namun, untik membentuk kerajaan kita perlu memenangi sekurang-kurangnya 55 kerusi daripada 82 kerusi dipertandingkan.

“Dalam kita usaha merealisasikan impian itu, semangat kerjasama dan perpaduan harus dikekalkan demi mengukuhkan keyakinan rakyat memberi kepercayaan kepada BN,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Taklimat Projek Pembangunan 2016 Peringkat DUN Saribas, Layar dan Bukit Saban kelmarin.

Setiausaha Agung PBB itu berkata senario terkini politik negeri ini memberi gambaran baik dan pada PRN akan datang, menyaksikan perebutan 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan.

“Dalam situasi terburuk sekalipun BN dilihat mampu menguasai 63 kerusi manakala dalam keadaan terbaik BN mampu menguasai 68 kerusi.

“Jika kita berjaya mengekalkan perpaduan yang ada adalah mustahil untuk parti lain menyingkirkan kita,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget