2016 masih penuh skandal misteri: PAS Sarawak


Tahun baru 2016 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Dengan keadaan ekonomi negara dan juga ekonomi dunia yang semakin tidak menentu merupakan suatu cabaran untuk semua.

Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat dan juga keadaan politik negara yang tidak beberapa stabil dimana berbagai isu-isu semasa dengan berbagai skandal yang masih menjadi misteri yang masih belum terungkai.

Sarawak akan menghadapi Pilihan Raya umum yang ke11 yang dijangka pada suku tahun yang pertama pada tahun 2016. PAS Sarawak juga telah bersedia menghadapi bukan saja Pilihan Raya tetapi apa juga cabaran kehidupan yang akan dihadapi oleh semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
politik.

Dengan harga pasaran minyak dunia yang semakin tidak menentu dan hasil petroleum negara tidak mendatangkan banyak hasil menyebabkan keadaan ekonomi negara semakin merundum. Harga barang keperluan semakin meningkat dengan adanya GST telah membebankan kehidupan harian rakyat.

Kerajaan perlu perihatin dengan masalah dan keadaan yang pasti akan membebankan kehidupan rakyat dengan berusaha mengurangkan kos bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat terutama golongan yang berpendapatan kurang atau sederhana.

Contohnya walaupun tarif elektrik di Sarawak diturunkan tetapi dengan adanya GST harga elektrik masih lagi membebankan kerana harganya masih tidak rendah seperti yang didakwakan. Dan banyak lagi keperluan asas rakyat yang masih belum ditunaikan dan diberikan kepada rakyat yang memerlukan walaupun diumumkan dalam media berjuta-juta ringgit peruntukan disediakan untuk rakyat tetapi hakikatnya masih ramai rakyat yang memerlukan keperluan asas masih hidup seperti dulu tiada banyak perubahan.

Kita harap tahun baru 2016 ini banyak janji kerajaan dan peruntukan bajet untuk rakyat yang lalu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, mereka perlu ambil perhatian masalah rakyat ini dengan bersikap adil untuk semua.

Selamat menyambut tahun baru 2016 semoga rakyat dapat menikmati kehidupan yang baik dan melihat perubahan yang terbaik untuk semua dengan kerajaan baru yang adil untuk semua.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

-PAS.ORG.MY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget