Pakatan Harapan bakal umum pelan pilihan raya


Pakatan Harapan akan mengumumkan dokumen yang akan menggariskan rancangannya dalam menjatuhkan kerajaan BN melalui pilihan raya, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"InshaAllah dalam masa terdekat Pakatan Harapan akan membuat pengumuman besar tentang dokumen yang akan merapatkan saf kepimpinan dan usaha menumbangkan Umno-Barisan Nasional melalui jalan pilihanraya.

"Saya percaya dokumen ini bakal menjadi asas penting yang sekali lagi membuktikan KEADILAN serta parti-parti komponen Pakatan Harapan bersedia untuk menggalas tanggungjawab menerajui kerajaan di Putrajaya," katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terpeinci mengenai dokumen berkenaan. Namun Setiausaha Harapan Pakatan Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini dilapor berkata satu rangka kerja dasar bersama gabungan itu akan diumum awal tahun ini.

Sementara itu Wan Azizah berkata banyak isu masih dibelenggu Malaysia, termasuk penahanan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri, isu 1MDB dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

"Oleh itu, untuk 2016, saya yakin dan percaya kita semua perlu banyak berdoa dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan melawan kezaliman di bumi Malaysia.

"Pada masa sama saya menggesa semua pihak, tidak kira parti politik mana sekalipun, yang masih sayang dan cintakan negara serta mengidamkan sebuah Malaysia yang lebih adil dan baik, untuk bersama-sama dalam gagasan besar membawa perubahan," katanya.-MalaysiaKini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget