Syor Tun M makan diri sendiri

Sekiranya kehidupan mewah dijadikan bahan bukti rasuah ia bermakna sistem perundangan sedia ada tidak lagi selamat.


PETALING JAYA : Syor yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mahkamah negara ini mengambil kira gaya hidup mewah sebagai bukti rasuah dilihat memakan diri sendiri.

Menteri, Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menempelak cadangan itu dan berkata beliau akan diheret sama ke penjara jika ia dilaksana.

“Jika ini cara sistem undang-undang baru itu dikuatkuasakan, Dr Mahathir sendiri tidak akan selamat berdasarkan gaya hidup mewah keluarganya sendiri yang perlu dibuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan rasuah atau tidak akan dihumban ke penjara,” katanya menerusi entri terbarunya sskeruak.blogspot.my.

Menurutnya, sekiranya aspek itu diambil kira, ia bermakna bahan bukti lain tidak diperlukan untuk mengaitkan seseorang dengan rasuah.

Ia bermakna sistem perundangan yang sepatutnya berfungsi tidak lagi selamat.

“Anda boleh ditahan dan diletakkan dalam penjara kerana memandu kereta dan tingga di rumah (mewah) atas alasan rasuah,” tulisnya.

Menurut Salleh jika apa yang dicadangkan Dr Mahathir diterima, ia bermakna seseorang dikira bersalah sehingga dia dapat membuktikan dirinya tidak bersalah.

Ia bercanggah prinsip undang-undang di mana seseorang tidak dianggap bersalah sehingga terbukti bersalah.

Bekas Perdana Menteri itu melontarkan cadangan itu pada ucap utama pada Simposium Malaysia Perangi Rasuah 2015 di ibu negara.-Free Malaysia Today

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget