SUPP Opar pergiat usaha dampingi rakyat


KUCHING: Jentera Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Opar mempergiatkan usaha turun padang bersama rakyat di kawasan itu untuk memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap parti.

Bagi tujuan itu, parti yang diketuai Pengerusinya Ampel Barba telah mengadakan program gotong-royong mengecat gelanggang sepak takraw bersama penduduk di Kampung Tembaga Dayak, Sematan.

Selain mengecat gelanggang sepak takraw, ahli-ahli SUPP Cawangan Opar bersama penduduk kampung turut memotong rumput di sepanjang bahu jalan kampung tersebut yang majoritinya adalah kaum Bidayuh Selako.

Menurut jurucakap bagi program itu, meskipun ringkas namun aktiviti itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung tanpa mengira usia dan latar belakang.

Di samping bergotong-royong mengecat dan memotong rumput, pihak parti turut mengadakan pendaftaran keahlian dan pengundi baharu di kalangan penduduk kampung itu serta kampung-kampung berhampiran.

“Tujuan kita mengadakan gotong-royong ini adalah mengeratkan lagi hubungan antara penduduk dan pemimpin masyarakat serta memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap parti.

“Program di Kampung Tembaga Dayak ini merupakan salah satu daripada usaha kita untuk mendekati rakyat dan akan diperluaskan ke kampung-kampung lain dari masa ke masa,” katanya.

Pada program itu, penduduk kampung turut diberi nasihat akan pentingnya menjaga kebersihan persekitaran dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh membawa demam denggi.

Turut hadir ialah dua calon berpotensi SUPP N.1 Opar iaitu Niponi Undek dan Billy Sujang yang merupakan anak jati tempatan dari kawasan Opar.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget