Ia dibuat selepas individu berkenaan menggunakan gambar yang didakwa menyinggung perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa laporan berita pada Selasa lalu.
Menerusi kenyataan bersama pada Ahad, kumpulan pelajar berkenaan menyifatkan RTM sebagai sebuah stesen televisyen yang telah membawa kegelapan kepada sejarah media di negara ini.
“Mandarin TV2 telah dihukum atas tindakannya yang telah menyinggung perasaan Perdana Menteri kerana penggunaan foto yang tidak sesuai.
“Pihak berkuasa telah sewenang-wenangnya menindas dan menafikan kebebasan akhbar dan juga mencampur tangan dalam kebebasan media,”petik kenyataan itu.
Dalam bantahan yang sama, kerajaan juga telah dituduh melanggar Perlembangaan kerana tidak menghormati bahasa ibunda kaum Cina.
“Penggunaan bahasa ibunda merupakan hak asasi setiap kumpulan etnik dan harus sama sekali tidak dicampur tangan oleh anasir-anasir politik, tetapi seharusnya dilindungi dengan sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan juga rakyat Malaysia,” dakwanya.-Free Malaysia Today
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.