Pemimpin Islam Sarawak bantu warga Dayak di Singapura


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem sekali lagi membuktikan keseriusan dasar beliau untuk membantu rakyat tanpa mengira Kaum, Bangsa mahupun Agama.

Wakil dari kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Hajah Nancy Shukri menghantar rayuan kepada kerajaan Singapura berkaitan permohonan meringankan hukuman ke atas warga Sarawak yang berbangsa campuran Dayak-Cina, saudara Kho Jabing.


Menurut Hajah Nancy, sebelum ini beliau telahpun berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak dan atas dasar keperihatinan terhadap warga Sarawak, rayuan telahpun diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, Vanu Gopala Menon.

“Permohonan tersebut bukan bermakna Kerajaan Negeri merestui kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Jabing, tetapi permohonan hukuman ringan tersebut dibuat atas dasar kemanusiaan”, kata Nancy.

Tindakan ini disokong oleh Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Sarawak. “Tiada niat untuk (kita) mencampuri urusan perundangan di Singapura, cuma inisiatif ini atas dasar kemanusiaan, jika dapat dipertimbangkan kerajaan negara itu.

“Usaha ini juga bukan untuk menidakkan keinginan keluarga mangsa yang mahu melihat keadilan. Kita juga memahami kesedihan mereka,” katanya.


Sementara itu, Menteri Muda Belia merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, “Secara prinsipnya, keputusan sudah dibuat oleh Kehakiman Singapura. Adalah tidak wajar untuk kerajaan negeri atau pusat untuk campur tangan dalam cara penghakiman Singapura menentukan penghakiman mereka,” ujar Karim.

“Bukan untuk campur tangan dalam cara penghakiman Singapura membuat keputusan tetapi atas dasar perikemanusiaan dan prihatin terhadap anak negeri ini yang berdepan masalah di luar Negara,” katanya.-Sarawak Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget