Pecat JKKK: Biar Pas Pusat jawab


SHAH ALAM - "Polemik Pas dan DAP berhubung situasi yang berlaku di Pulau Pinang adalah berbeza-beza, biar Pas Pusat yang bersuara tentang perkara ini, demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor," Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Mengulas berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa memecat 300 ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri itu.

Ahmad Yunus berkata, pelbagai versi cerita yang wujud, jadi biar ada satu konklusif yang boleh diambil atau dilihat oleh Pas Pusat.

"Kerajaan Pulau Pinang dakwa (mereka pecat 300 AJK JKKK), wakil Pas di sana pula kata (mereka letak jawatan), jadi saya kira Pas Selangor tak perlu nak mempolimiknya lagi, realitinya dan versinya berbeza yang kita dengar hari ini.

"Lagipun isu ini berkaitan dengan Kerajaan Pulau Pinang, yang berhak jawab sekarang adalah Pas Pulau Pinang atau Pas Pusat," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis perasmian Temasya Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT): Budaya dan Warisanku di pekarangan Muzium Sultan Alam Shah, di sini sebentar tadi.

Kelmarin, kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang melalui Ketua Menterinya, Lim Guan Eng didakwa telah memecat 300 ahli Pas yang memegang jawatan dalam JKKK negeri itu atas alasan tidak memerlukan khidmat mereka yang tidak menyokong Pakatan Harapan.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget