PAS tiada kerjasama politik bersama BN, kata Hadi



Dato Seri Haji Hadi Awang semalam menafikan bahawa PAS akan mengadakan kerjasama politik dengan Barisan Nasional dalam satu temubual ringkas paparan portal PAS.ORG.MY.

"Ulasan saya, perjuangan kita ialah perjuangan untuk mengubah keadaan, bukan berebut jadi pemimpin. Sebab itu kita menerima sebarang perubahan yang positif. Dan kita lebih selesa duduk di luar Barisan Nasional, bukan duduk Barisan Nasional. Tapi kalau dia tak ubah, jadi tanggungjawab kitalah kena ubah kerajaan", ujar beliau.

Presiden PAS itu berkata mereka bersedia untuk menghantar pasukan untuk berbincang dengan kerajaan, tentang GST sebagai contoh, tentang perumahan, tentang kejatuhan nilai ringgit dengan cara pendekatan tersendiri. "Sebab kita ada penyelesaian kita. Ada pandangan kita", tambah Hadi.

"Tidak, bukan bukan. Kerjasama politik dengan kita tidak masuk kerajaan", tegas beliau menafikan PAS bakal ada kerjasama politik bersama Barisan Nasional-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget