NOW buat laporan polis ke atas Yapeim


KUALA LUMPUR, 15 November- NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) membuat laporan polis berhubung dakwaan salahguna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim).

Pengarah NGO terbabit, Akmal Nasir membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi.

IMG_7362Katanya, siasatan harus dibuat terhadap Lembaga Pemegang Amanah Yapeim dan seorang menteri yang didakwa menggunakan dana anak yatim untuk ke Amerika Syarikat.

“Setelah didedahkan bagaimana wang Yapeim bukan digunakan untuk tujuan amal jariah, tiba masa ia dibawa ke pihak bertanggungjawab. Kita nak siasatan polis dilakukan.

“Bila laporan polis dibuat, sewajarnya satu kertas siasatan dibuka. Kita nak pihak berkenaan disiasat sama ada berlaku unsur salah guna kedudukan, salah guna kuasa atau pecah amanah,” kata Akmal pada sidang medianya sejurus laporan polis itu dibuat.

Jumaat lalu, Akmal mendakwa seorang menteri Umno bersama isteri dan rombongannya ke Amerika Syarikat dengan menggunakan dana anak syarikat YaPEIM berjumlah RM410,978.

Beliau turut mendakwa lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota pada Mei 2014 itu membabitkan aktiviti bermain golf dan membeli-belah.

Akmal mendakwa wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu anak yatim dan kanak-kanak miskin.

Minggu lalu beliau turut mendedahkan Lembaga Pemegang Amanah Yapeim dibayar gaji dan elaun sehingga RM2 juta setahun.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh dakwaan salahlaku berkenaan bagi memastikan penyumbang dan pihak yang sepatutnya menjadi penerima sumbangan seperti anak yatim dan golongan miskin terpelihara.

“Bagi saya mereka yang patut disiasat adalah individu berkaitan Yapeim. Lembaga pemegang amanah dan menteri bertanggungjawab,”

“Kita buat laporan ini demi pembangunan ekonomi Islam dan sumbangan daripada Yapeim,” katanya lagi.-Keadilan Daily

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget