TERIMA kasih kepada Datuk Husam Musa kerana menyambut baik cadangan saya supaya diadakan majlis bersemuka untuk meleraikan beberapa kenyataan dan tuduhan beliau terhadap pimpinan PAS sebagaimana yang diketahui umum.
Terbaru, setelah tersiar cadangan saya untuk bersemuka ialah serangan peribadi terhadap saya sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Sebagaimana yang telah saya tegaskan saya tidak akan menjawab segala tuduhan ini dari jauh, sebab itulah majlis bersemuka ini dicadangkan. Beliau telah meminta saya mencadangkan tajuk dan tarikh majlis ini.
Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau bahawa Presiden PAS sejak PRU12 tahun 2008 telah berusaha untuk membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno.
Tugas beliau ialah untuk membuktikan tuduhan tersebut. Tugas saya ialah sebaliknya.
Masa akan dicari dan ditentukan satu tarikh yang sesuai dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Tempat telah dipersetujui ialah Kota Bharu.
Penganjur perlu dicari oleh kerana Datuk Husam telah menolak cadangan Pemuda PAS Kelantan yang menawarkan diri untuk menjadi penganjur.
Kita akan melihat cadangan dan tawaran lain yang sesuai dan boleh dipersetujui bersama. Demikian juga moderator, perlulah seorang tokoh yang boleh diterima dan dipersetujui bersama.
DATUK MUSTAFA ALI
Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
19 November 2015 - HARAKAHDAILY 19/11/2015
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.